jenis epilepsi
sawan separa mudah
sawan separa kompleks
sawan menyeluruh
idiopatik vs simptomatik
jenis sawan menyeluruh
faktor risiko
tanda dan simptom
keterukkan


SAWAN MENYELURUH
FAKTOR RISIKO
 

Kejadian sawan grand-mal ( sawan tonik-klonik menyeluruh ) biasanya berlaku kepada 2 dalam 10,000 orang. Serangan boleh berlaku pada semua peringkat usia , samada untuk episod tunggal atau episod berulangan.  

      Proses transmisi maklumat daripada satu sel saraf kepada satu sel saraf lain dikenali sebagai proses elektrokimia. Proses ini boleh dikesan menggunakan EEG dan keabnomalan patern dan bentuk EEG ini biasanya dikaitkan dengan sawan. Sebagai contohnya, sawan tonik-klonik menyeluruh ditunjukkan oleh keabnomalan aktiviti elektrik di banyak tempat di dalam otak atau dimajoriti tempat di otak.

Antara faktor risiko:

 1.       Keabnomalan metabolik 

§         Terjadi ke atas semua peringkat usia

§         Komplikasi diabetes melitus

§         Ketidakseimbangan elektrolit

§         Kegagalan renal atau uremia

§         Kekurangan nutrisi

§         Fenilketonuria

§         Toksisisti alkohol atau drug contohnya kokain

§         Ketagihan alkohol 

2.       Kecederaan otak 

§         Terjadi pada semua peringkat usia dan insiden lebih tinggi untuk golongan umur yang masih muda.

§         Kebiasaannya kejadian ini berlaku apabila membran otak telah rosak .

§         Sawan biasanya bermula 2 tahun selepas kecederaan

§         Sawan awal yakni yang berlaku dalam tempoh 2 minggu kecederaan tidak semestinya dikatakan sawan kronik telah terjadi.

 

3.       Tumor dan lesi otak 

§         Insiden terjadi kepada semua peringkat usia tetapi kebiasaannya ia menyerang pesakit yang telah berumur lebih daripada 30 tahun.

§         Sawan jenis partial biasa terjadi.

§         Lama kelamaan jika tidak dirawat pesakit mungkin akan diserang oleh sawan tonik klonik menyeluruh

 

4.       Gangguan salur darah 

  • Biasa terjadi apabila pesakit berumur lebih daripada 60 tahun

  • Terjadinya keabnormalan salur darah di otak, artherosklerosis atau kesukaran pembekalan darah dari arteri ke otak.

  • Pendarahan di otak seperti kejadian subarachoid hemorrhage

  • Keabnormalan kromosam

  • Tekanan darah tinggi.

  • Pesakit yang mengandung atau pesakit yang mempunyai masalah semasa mengandung

  • Stroke

5.       Gangguan degeneratif ( Alzheimer jenis Senile Dementia atau Sindrom Organik Otak)

§         Sawan hanya akan menyerang pesakit yang telah berumur atau di peringkat usia geriatrik. 

6.       Jangkitan  

§         Semua peringkat usia

§         Pesakit mungkin hanya mengalami sawan yang boleh terbalikkan

§         Terjadi terutamanya kepada pesakit yang mendapat jangkitan di otak seperti meningitis, atau encephalitis.

§         Absess otak

§         Jangkitan akut teruk di mana-mana bahagian badan.

§         Jangkitan kronik seperti neurosifilis

§         Komplikasi daripada AIDS atau gangguan sistem imun lain.


 

 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]