akupunktur telah digunakan dalam rawatan epilepsi tanpa kejayaan yang
signifikan. Pertama kali diamalkan oleh masyarakat Amerika pada tahun 1972.
Kaedah ini telah diamalkan di negara China untuk beribu-ribu tahun. Menurut
teori orang cina kuno, tenaga( ch’i atau qi) mengalir melalui badan melalui
14 rangkaian( meridians). Setiap satu melibatkan organ-organ tertentu dalam
badan. Jarum dimasukan pada pelbagai tempat akupunktur. Kedalaman
kemasukan jarum bergantung kepada kawasan yang akan dirawat. Jarum mungkin
ditinggalkan pada tempat rawatan atau dirangsang dengan tangan atau melalui
jarum yang dikendali secara elektrikal.
Walaupun mekanisme
tindakan akupunktur tidak dapat dipastikan secara saintifik, tetapi telah
dicadangkan bahawa ia bertindak melalui perangsangan pembebasan substrat
‘pain-killing’ semulajadi. Ia adalah penting untuk mendapatkan pengamal
akupunktur yang berkelayakan kerana pendarahan atau kerosakan pada organ,
saraf atau tisu boleh terjadi jika dicucuk dengan salah.
Ada di antara ahli
akupunktur yang menggunakan ubat tradisional cina termasuk herbal remedi.
Herbal remedi ini boleh meningkatkan keberkesanan drug antiepileptik. Oleh
itu, pastikan anda berbincang dulu dengan doktor sebelum mengamalkan
sebarang rawatan alternatif. Perlu juga diingat bahawa, pengkaji masih tidak
dapat membuktikan bahawa akupunktur memberi kesan yang menguntungkan dalam
rawatan epileptik.
|