| 
     EPILEPSI DI KALANGAN 
    KANAK-KANAK 
    
     Ada cadangan yang 
    menyatakan seorang kanak-kanak yang mengalami sawan tunggal harus melakukan 
    penilaian untuk menentukan sama ada sawan tersebut menunjukan satu sindrom 
    epilepsi. Satu sawan tunggal, tidak semestinya memerlukan rawatan. Penilaian 
    yang lebih intensif adalah diperlukan dalam kanak-kanak yang mengalami sawan 
    berulangan. Berdasarkan cadangan yang ada, penilaian yang perlu dilakukan 
    termasuk elektroensefalogram dan kajian ‘imaging’ bagi otak yang dikenali 
    ‘magnetic resonance imaging’ (MRI). Sekiranya MRI tidak dapat diperolehi, 
    ‘computed tomography’ juga boleh diterima. 
    
    Prinsip rawatan 
    yang biasa termasuk rawatan permulaan dengan satu ubat dan penggunaan faktor 
    spesifik pesakit sebagai panduan dalam penentuan rawatan. Tempoh rawatan 
    adalah bergantung kepada sindrom epilepsi, gerak balas kanak-kanak terhadap 
    rawatan dan umur kanak-kanak pada masa berlakunya awan. Berikut adalah 
    cadangan mengenai pendekatan pengurusan bagi pelbagai jenis gangguan sawan 
    dalam golongan kanak-kanak: 
    
         
    ‘Idiopathic Benign Partial Seizures’. 
    Cadangan menyatakan simptom yang menjadi panduan dalam pemilihan rawatan dan 
    dalam segolongan kanak-kanak, rawatan ubat adalah tidak diperlukan. 
    Sekiranya rawatan ubat diperlukan, pemilihan ubat boleh berdasarkan profil 
    keselamatan dan kesan sampingan ubat. Hampir semua ubat anti-sawan dapat 
    mengawal sawan dengan berkesan. 
    Carbamazepine merupakan satu ubat pilihan 
    bagi sawan jenis ini. Agen anti-sawan yang baru termasuk 
    Gabapentin juga 
    merupakan ubat pilihan yang lain kerana ia mempunyai profil keselamatan yang 
    baik dan kesan sampingan yang kurang. Barbiturate dan Benzodiazepine tidak 
    harus digunakan sebagai rawatan pilihan pertama. 
    
         ‘Symtomatic Partial Epilepsy’. Penilaian 
    yang intensif, termasuk penilaian intervensi pembedahan awal, dicadangkan 
    untuk kanak-kanak dengan sawan jenis ini. 
    Gabapentin telah dicadangkan 
    sebagai ubat pilihan kerana profil kesan sampingan yang baik. 
    
        ‘Generalized Absence Epilepsy’. Di samping
    Ethosuximide dan 
    Valproate yang paling biasa digunakan untuk mengawal sawan 
    jenis ini, cadangan lain termasuk agen anti-sawan lebih baru yang juga 
    merupakan pilihan jika sawan jenis ini berulangan setelah pemberian ubat 
    standard atau jika pesakit tidak dapat tanggung rawatan biasa. 
    
        ‘Simple Febrile Seizures’. Penilaian 
    klinikal adalah dicadangkan di kalangan kanak-kanak yang mengalami sawan 
    semasa demam, tetapi rawatan selalunya tidak diperlukan. 
    
      
    
          ‘Status Epilepticus’. Risiko pengulangan 
    sawan meningkat dalam golongan kanak-kanak yang pernah mengalami sawan dalam 
    bentuk status epileptikus. Kajian masih dijalankan sama ada rawatan jangka 
    panjang adalah diperlukan berdasarkan keputusan dari penilaian klinikal yang 
    dijalankan. 
    
      
      |