RAWATAN EPILEPSI

Matlamat rawatan epilepsi adalah untuk mengawal sawan atau mengurangkan kekerapan berlakunya sawan serta memastikan pesakit komplian terhadap pengubatannya. Ini  supaya pesakit dapat hidup secara normal yang mungkin. Penekanan penuh sawan perlu diseimbangkan dengan kebolehan pesakit  menerima kesan sampingan. Pesakit juga perlu turut terlibat di dalam aktiviti penyeimbangan ini.

Pilihan rawatan bergantung kepada jenis sawan,  kesan sampingan khusus sesuatu drug serta pilihan pesakit. . Rawatan dengan hanya satu drug biasanya dimulakan dimana 70% didapati bebas daripada sawan. Namun demikian didapati 60% tidak komplian dan ini merupakan punca utama kegagalan terapi. Maka terapi drug perlu hanya dikhususkan kepada pesakit yang mempunyai 2 atau lebih episod sawan serta penyakit sawan ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap kehidupan seharian.

Drug rawatan epilepsi dikenali sebagai drug-drug antiepileptik (AED). Antara drug-drug yang terdapat di pasaran yang biasa digunakan untuk rawatan epilepsi adalah seperti berikut :


Tegretol ( Karbamezapin)
Epilum ( Sodium Valproat)
Dilantin (Fenitoin Sodium)
Zarontin ( Etoxusimide)
Mysoline (Primidone)
►Phenobarbital
Gabapentin
►Vigabatrin
Lamotrigine
►Topiramate
Tiagabine
►Felbamat
Drug Baru di dalam Pasaran

BAGAIMANAKAH PEMILIHAN DRUG DILAKUKAN ? 

1)     Jenis Epilepsi

Ø     Sesetengah drug seperti Epilum aktif kepada banyak jenis seizur seperti tonik-klonik, absence dan sebagainya. Sementara Zarontin hanya aktif terhadap absence sahaja 

2)     Kemungkinan kesan sampingan

Ø      Contohnya Dilantin boleh menyebabkan pertumbuhan rerambut di badan dan muka dan mesti dielakkan dalam wanita yang berkulit cerah. Dilantin juga boleh menyebabkan kelambatan proses pemikiran seperti mengingat berbanding drug epileptik yang lain seperti Tegretol atau Epilum. 

3)     Kehamilan

Ø      Semua drug anti epileptik menyebabkan risiko kepada bayi dalam kandungan. Oleh itu penggunaan dalam wanita hamil perlu dielakkan 

4)     Pengambilan ubat-ubat lain

Ø      Kemungkinan berlakunya interaksi di antara drug antiepilepsi dengan drug-drug lain amat penting untuk diambil kira. Masalah akan timbul jika pesakit mengambil pil kontraseptif. Ini adalah kerana hanya epilum sahaja yang tidak mepunyai interaksi yang signifikan berbanding drug anti epilepsi yang lain. Sesetengah drug antiepilepsi juga boleh menyebabkan drug-drug lain kurang efektif dengan memetabolismekannya di hati atau mengeluarkannya dari sistem peredaran darah.

 

 

PENGGUNAAN LEBIH DARIPADA SATU DRUG.

Secara umumnya, pengambilan satu jenis drug lebih diutamakan untuk mengelakkan berlakunya interaksi di antara drug-drug anti epilepsi. Sesetengah ahli neurologi mengatakan kejadian ‘ mismatched’ berlaku apabila pesakit mengambil lebih daripada satu drug dalam satu masa. Ada sesetengah pesakit yang mana kandungan ubat dalam darahnya berada pada tahap yang tinggi tetapi masih lagi mendapat serangan seizur.

 

TEGRETOL ( KARBAMAZEPIN )

Indikasi :

  • Digunakan untuk merawat  epilepsi dan sawan separa.

  • sawan menyeluruh primer atau sawan menyeluruh sekunder epilepsi dengan komponen tonik-klonik.

Mekanisma tindakan :

  • Ia bertindak dengan merencat terusan natrium ( voltage-gated sodium channels )

  • Ia juga merencat peningkatan dalam siklik AMP.

Dos :

  • Ia boleh didapati dalam bentuk tablet putih dengan 2 kekuatan ( 100 mg dan 200 mg )

  • Ia biasanya diambil 2 kali sehari samaada selepas sarapan atau makan tengah hari dan 12 jam selepasnya.

  • Dos dewasa biasanya memerlukan antara 1-2 tablet ( 200 mg b.i.d )

  • Jika dos terlalu tinggi, pesakit mungkin mengalami rasa tidak selesa serta rasa mengantuk, kurang kordinasi semasa berjalan dan lain-lain.

  • Oleh itu perlu kurangkan dosnya

  • Untuk sediaan perlepasan terkawal, dos 2 kali sehari adalah bersamaan dengan dos 4 kali sehari untuk perlepasan cepat ( biasa )

  • Karbamazepin boleh mengaruhkan metabolismenya sendiri ( autoinduksi ) dan kesan ini bermula dalam 3-5 hari selepas dos dimulakan dan mengambil masa 21-28 hari untuk lengkap.

Kesan Sampingan :

  • Ia biasanya mula berlaku dalam beberapa hari pertama, seminggu atau 2 minggu.

  • Antara kesan sampingan yang biasa berlaku adalah seperti pening, sakit kepala yang sederhana, loya dan mulut kering.

  • Biasanya ia akan hilang dalam beberapa hari.

  • Kadangkala terdapat juga 'measles' seperti ruam berlaku semasa rawatan Tegretol dan jika ia berlaku, Tegretol perlu digantikan dengan drug antiepileptik yang lain.

  • Kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Ini termasuklah jaundis yang melibatkan hati dan pengurangan sel darah putih yang menyebabkan ulser di dalam mulut dan kerongkong.

  • Oleh itu disarankan agar pengguna mendapatkan ujian darah seperti ujian darah keseluruhan dan ujian fungsi hati dan ginjal.

  • Setelah Tegretol diberikan ujian darah dilakukan berulang setiap minggu dalam bulan pertama rawatan dan setiap bulan dalam tahun pertama.

  • Secara praktis, kesan sampingan Tegretol adalah sederhana dan hilang dalam minggu pertama atau kedua.

 Kontraindikasi :

  • Hipersensitiviti pada Karbamazepin dan yang berkaitan dengannya

  • Pesakit dengan halangan atrioventrikular, sejarah penekanan sumsum tulang atau sejarah porphyria intermittent akut.

  • Tidak boleh digunakan bersama-sama dengan MAOIs. Drug MAOIs ini perlu diberhentikan dalam masa 2 minggu atau lebih panjang sebelum tegretol diberikan.

 

 

EPILUM ( SODIUM VALPROATE )

Indikasi :

  • Ia merupakan drug yang baik dan berguna dengan aktiviti antiepileptik yang luas.

  • Rawatan untuk sawan menyeluruh atau sawan separa, terutamanya dengan diikuti oleh corak seizur seperti berikut; absence, mioklonik, tonik-klonik, atonik dan seizur campuran.

  • Ia juga boleh digunakan untuk merawat epilepsi separa mudah/ kompleks seizur, seizur menyeluruh sekunder dan sindrom spesifik.

Mekanisme Tindakan :

  • Ia bertindak dengan meningkatkan sintesis atau merencat degradasi GABA.

  • Ia juga merangsang tindakbalas GABA postsinaptik menghasilkan kesan penstabilan membran dan mempengaruhi terusan kalsium.

Dos :

  • Epilum boleh didapati dalam bentuk tablet berwarna ‘lilac’ dengan kekuatan 200-500 mg.

  • Ia perlu ditelan kesemuanya.

  • Ia juga hadir dalam bentuk tablet yang boleh dipecahkan dengan kekuatan 100 mg, sirap 200 mg/25 ml dan larutan bebas gula dengan kekuatan yang sama.

  • Biasanya epilum diberikan 2 kali sehari diambil bersama makanan dan selang selama 12 jam di antara dos.

  • Pengubahsuaian dos dilakukan berdasarkan berat badan pesakit dan kemampuan untuk mengawal seizur.

  • Julat dos yang biasa 20-30 mg/kg/hari.

 Kesan Sampingan :

  • Antara kesan sampingan yang sederhana  adalah seperti loya dan diarea yang berlaku dalam masa beberapa hari pertama .

  • Tremor juga dilihat dalam pesakit yang mengambil epilum untuk jangka masa yang lama.

  • Kehilangan berat badan dan keguguran rambut juga berlaku tetapi biasanya terbalikan.

  • Epilum juga boleh menyebabkan penyakit hati akut tetapi ini jarang berlaku.

  • Kanak-kanak kecil dan bayi dengan keadaan perubatan yang serius adalah berisiko.

  • Kesan sampingan lain bagi drug dalam kumpulan ini adalah seperti gangguan gastrousus dan ataksia.

  • Simptom yang disebabkan oleh komplikasi kegagalan hati termasuklah loya yang teruk, sakit abdominal, jaundis, lemah dan letih serta bengkak pada bahagian muka. Pesakit perlu berjumpa doktor dengan segera jika keadaan ini berlaku.

Kontraindikasi :

  • Hepatitis akut dan kronik

  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap hepatitis yang teruk terutama yang berkaitan dengan drug.

  • Hipersensitiviti terhadap sodium valproate

  • Porphyria

 

DILANTIN ( SODIUM FENITOIN )

  • Fenitoin sodium  merupakan drug tertua yang efektif dalam merawat epilepsi.

  • Ia juga merupakan drug yang poten dalam mencegah seizur major dan tonik-klonik dan jenis lain. Tetapi masalah dengan kesan sampingan menyebabkan drug tegretol dan epilum dipilih.

  • Ia bertindak dengan baik dalam mengawal seizur dan sangat berguna sebagai terapi tambahan dimana seizur tidak dapat dikawal dengan satu drug sahaja atau apabila pesakit tidak memerlukan rawatan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Indikasi :

  • Digunakan untuk mengawal epilepsi jenis menyeluruh tonik-klonik dan seizur psikomotor.

Mekanisme Tindakan :

  • Ia bertindak dengan menghalang PTP ( post-tetanic potentiation ) dan mengubah fluks ion, dengan itu ia mengubah pengkutuban, pengkutuban semula dan kestabilan membran.

Dos :

  • Dilantin boleh didapati dalam bentuk :

    • Kapsul 100 mg – kapsul orange dan putih.

    • Kapsul 300 mg – kapsul putih.

    • Cecair 30 mg/ 5ml untuk kanak-kanak.

    • Cecair 50 mg/ 5ml untuk dewasa.

    • Tablet kunyah untuk kanak-kanak – 50 mg infatabl

  • Biasanya terapi dimulakan dengan 100 mg t.i.d dan disesuaikan mengikut tindakbalas terapi.

  • Dos pengekalan  : 300-400 mg/hari.

  • Kanak-kanak ≥ 6 tahun : 100-300 mg t.i.d

  • Kanak-kanak < 6 tahun : 30 mg b.i.d

Kesan sampingan :

  • Nystagmus, ataksia

  • Percakapan tidak jelas

  • Keliru

  • Pening, insomnia, gelisah

  • Motor twitching, sakit kepala

  • Kesan sampingan minor seperti loya , gangguan gastrousus, hilang berat badan.

Kontraindikasi :

  • Pesakit yang hipersensitiviti pada produk hidantoin.

 

 

MYSOLINE ( PRIMIDONE )

Indikasi :

  • Digunakan untuk merawat grand mal dan epilepsi psikomotor.

  • Juga untuk merawat seizur focal / Jadisoman

  • Ia juga boleh digunakan untuk merawat mioklonik

Mekanisme Tindakan :

  • Memberi kesan keatas membran neuronal terutamanya menyebabkan perubahan fluks ionik ( peranan utama ).

Dos :

  • Rawatan berdasarkan individu. Sesetengah pesakit perlu mengambil drug ini secara monoterapi atau secara kombinasi dengan antikonvulsi yang lain.

  • Biasanya diberikan 2 kali sehari, mulakan terapi dengan ½ tablet sekali sehari pada waktu petang.

  • Setiap 3 hari tingkatkan dos sebanyak ½ tablet hingga pesakit mendapat 2 tablet sehari.

  • Selepas itu, setiap 3 hari tingkatkan dos sebanyak 1 tablet atau ½ tablet dalam kanak-kanak < 9 tahun hingga epilepsinya dapat dikawal.

  • Dos maksimum : dewasa – 6 tablet/hari

                               Kanak-kanak – 4 tablet/hari

  • Dos pengekalan : dewasa dan kanak-kanak > 9 tahun : 3-6 tablet

Kesan sampingan :

  • Pada peringkat awal penyakit akan merasa mengantuk dan letih.

  • Simptom neurotoksisiti; gangguan penglihatan, loya, sakit kepala, muntah, nystagmus dan ataksia

Kontraindikasi :

  • Hipersensitiviti atau allergi pada primidone

  • Intermittent prophyria akut.

 

 

ZARONTIN ( ETHOSUXIMIDE )

Indikasi :

  • Digunakan untuk merawat absence seizur.

  • Ia juga mungkin digunakan secara kombinasi dengan asid valproik.

Mekanisme Tindakan :

  • Ethosuximide merencat 'NADPH-link aldehid reduktase' yang bertanggungjawab dalam pembentukan Gamma-hidroksibutirat yang mana terlibat dalam menyebabkan absence seizur.

  • Ia juga merencat sistem sodium-potassium ATPase.

  • Ia tidak terikat pada protein plasma atau protein tisu.

Dos :

  • Pesakit biasanya diberikan dengan 5-7 mg/kg/hari dalam bentuk dos terbahagikan untuk dos permulaan.

  • Dos ini ditingkatkan dalam masa 1-2 minggu.

  • Dos harian biasanya dibahagikan kepada 2 dos terbahagikan.

Kesan Sampingan :

  • Kesan sampingan yang biasa berlaku dengan drug ini adalah seperti loya, mengantuk, tidur yang berlebihan, pening, sakit kepala dan sedu.

  • Ruam , lupus dan dyscrasia jarang berlaku.

 

 

GABAPENTIN ( NEURONTIN )

Indikasi :

  • Digunakan sebagai terapi tambahan dalam merawat sawan separa dengan/tanpa generalisasi sekunder dalam pesakit dewasa.

Mekanisme Tindakan :

  • Mekanisme sebenar gabapentin dalam mengawal seizur masih tidak diketahui. Tetapi dalam ujian terhadap haiwan yang dibuat untuk mengesan aktiviti antikonvulsan, gabapentin dapat mencegah seizur sama seperti drug-drug anti konvulsan yang lain yang terdapat di pasaran.

Dos:

  • Neurontin dicadangkan sebagai terapi tambahan bagi yang berumur > 12 tahun.

  • Diberi secara oral bersama / tanpa makanan.

  • Dos efektif neurontin adalah 900-1800 mg/hari diberikan dalam dos terbahagikan ( 3 kali sehari ).

  • Dos diberikan pada 300 mg pada masa hendak tidur dan ditingkatkan kepada 300 mg b.i.d pada hari kedua dan 300 mg t.i.d pada hari ketiga.

  • Dieliminasikan melalui renal, oleh itu perlu pengubahsuaian dos dalam pesakit yang mengalami kegagalan renal.

 Kontraindikasi :

  • Pesakit yang mempunyai sejarah hipersensitiviti terhadap neurontin.

Kesan Sampingan :

  • Kesan sampingan yang biasa berlaku seperti kekakuan, tidur yang berlebihan, pening dan ataksia

 

LAMOTRIGINE ( LAMICTAL )

Indikasi :

  • Untuk merawat sawan separa dan seizur menyeluruh tonik-klonik yang tak dapat dikawal dengan drug antikonvulsan yang lain.

  • Lamotrigine telah dibuktikan sebagai terapi tambahan dalam pesakit dewasa yang  mengalami seizur separa yang tidak dapat dikawal oleh drug antikonvulsan lain.

  • Ia juga telah digunakan sebagai monoterapi dan berkesan dalam merawat pelbagai jenis seizur menyeluruh  dan dalam pesakit kanak-kanak.

Mekanisme Tindakan :

  • Lamotrigine menghalang terusan 'sodium sensitive-voltage' dan merencat perlepasan glutamat dan aspartat.

Dos :

  • Dalam pesakit yang mengambil drug perangsang enzim dan tidak mengambil asid valproik, lamotrigine perlu dimulakan pada dos 50 mg/hari untuk 2 minggu dan kemudian ditingkatkan kepada 100 mg/hari untuk 2 minggu.

  • Kemudian dos boleh dititrat dengan 100 mg/hari dalam selang seminggu sehingga 500 mg/hari.

  • Dos adalah lebih rendah dalam pesakit yang mengambil bersama asid valproik.

Kontraindikasi :

  • Pesakit yang mempunyai sejarah hipersensitiviti terhadap lamotrigine.

Kesan sampingan :

  • Kesan sampingan yang biasa berlaku seperti diplopia, mengantuk, ataxia dan sakit kepala.

  • Ruam  biasanya berlaku secara ringan atau sederhana , tetapi Sindrom Steven- Johnson juga akan berlaku.

  • Insiden ruam biasanya  meningkat dalam pesakit yang juga menerima asid valproik

 

TOPIRAMATE ( TOPIMAX )

Indikasi :

  • Merupakan terapi tambahan dalam pesakit dewasa yang mengalami  onset seizur separa dengan atau tanpa seizur menyeluruh sekunder.

Mekanisme Tindakan :

  • Topiramate bertindak keatas terusan 'sodium voltage-dependent', reseptor GABA dan reseptor 'AMPA subtype glutamate'.

Dos :

  • Dos yang dicadangkan adalah 400 mg/hari dalam 2 dos terbahagikan.

  • Dos permulaan adalah 25-50 mg pada waktu  petang, ditingkatkan dengan 25-50 mg/hari setiap minggu atau setiap selang satu minggu.

  • Dos monoterapi adalah 1000 mg/hari.

Kontarindikasi :

  • Pesakit yang mempunyai sejarah hipersensitiviti tehadap mana-mana komponen Topamax.

Kesan Sampingan :

  • Ataxia, hilang tumpuan, kekeliruan, pening, kekakuan , paresthesias dan kemandulan.

 

 

TIAGABINE

Indikasi :

  • Sebagai terapi tambahan dalam pesakit yang mengalami sawan separa.

Mekanisme Tindakan :

  • Tiagabine bertindak dengan merencat pengambilan semula GABA ke dalam sel glial dan neuron yang spesifik.

Dos :

  • 32-56 mg/hari ( mengikut percubaan klinikal )

  • Lakukan titrasi perlahan-lahan jika perlu.

Kesan Sampingan :

  • Pening, asthenia, kegelisahan, tremor dan diarea.

 

ASID VALPROIK

Indikasi :

  • Digunakan untuk merawat epilepsi separa atau menyeluruh terutamanya dengan kehadiran bentuk seizur yang berikut; Absence, mioklonik, tonik-klonik dan seizur campuran.

  • Ia juga berguna untuk merawat seizur pada peringkat neonatal.

Mekanisme Tindakan :

  • Asid Valproik boleh meningkatkan sintesis atau merencat degradasi GABA. Ia juga meningkatkan gerakbalas GABA postsinaptik, mempunyai kesan langsung ke atas penstabilan membran dan mempengaruhi terusan kalium.

Dos:

  • Dos harian bergantung kepada umur dan berat badan pesakit

  • Dos berkesannya biasanya antara 40-100 mg/L ( 300-700 µmol/L )

  • Terapi dimulakan dengan pemberian secara oral

  • Dalam pesakit yang tidak mengambil bersama drug anti epileptik lain dos hendaklah ditingkatkan ke paras yang paling berkesan dalam selang masa 2-3 hari untuk mencapai paras dos optimum dalam masa 1 minggu.

  • Bagi pesakit yang mengambil drug epileptik yang lain dos optimum mestilah dicapai dalam masa 2 minggu.

Kesan Sampingan :

  • Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah ringan. Ini termasuklah gangguan pada gastrousus, pertambahan berat badan, mengantuk, ataxia dan tremor.

  • Gangguan gastrousus boleh dikurangkan dengan mengambil sediaan bersalut enterik atau mengambil drug bersama makanan.

  • Trombositopenia biasa berlaku

  • Toksisiti hematologi yang lain termasuklah leukopenia dengan transien neutropenia, transien erytroblastopenia dan perubahan sumsum tulang.

Kontraindikasi :

  • Hepatitis akut dan kronik

  • Sejarah keluarga yang menghadapi hepatitis yang teruk terutamanya yang berkaitan dengan drug.

  • Hipersensitiviti terhadap sodium valproate

  • Prophyria.

 

APAKAH DRUG-DRUG BARU YANG BERADA DIPASARAN?

Kehadiran drug-drug baru  di pasaran sangat dinanti-nantikan kerana ia memberikan satu alternatif baru kepada ahli profesional perubatan untuk terapi yang lebih selamat dan efektif. Kebanyakan drug-drug baru kurang kesan sampingan dan berkeupayaan untuk mengawal seizur dengan lebih baik. Jadi secara langsung, ia dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada pesakit.

Contoh-contoh drug-drug baru bagi merawat seizur yang terdapat di pasaran adalah:

1)     Diastat

ü      Formula baru untuk drug lama Diazepam. Diadministrasikan secara rektal dalam bentuk suppositori di hospital atau di rumah untuk mengawal seizur dalam pesakit muda. 

2)     Gabatril

ü      Digunakan untuk merawat seizur separa onset.Kurang kesan sampingan dan sangat efektif kepada banyak pesakit. 

3)     Depacom

ü      Digunakan bagi pesakit epilepsi yang dimasukan ke hospital dan sukar untuk mengambil ubat secara oral. 

4)     Gabitril

ü      Tiagabine HCl

ü      Kesannya di otak iaitu pada Asid Gamma Aminobutirk ( GABA )

ü      Keabnormalan bahan kimia ini menyebabkan  berlakunya serangan seizur terhadap pesakit. Maka gabitril ini bertindak dengan cara merencat pengambilan semula GABA .

ü      Digunakan untuk merawat sawan separa dalam orang dewasa atau kanak-kanak .

ü      Gabitril telah mendapat lesennya di 15 buah Negara termasuk di Australia, Austria, Belgium, Jerman dan lain-lain

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.