pengenalan
jenis sawan
rawatan
rawatan alternatif
isu wanita
isu warga tua
isu kanak-kanak

PENGENALAN

Saban hari, terpampang di dada akhbar tentang kisah yang berkaitan dengan epilepsi. Pernahkah terlintas di benak masyarakat yang prihatin, apakah maksud epilepsi sebenarnya? Golongan manakah yang sering menjadi mangsa penyakit ini? Apakah yang boleh dilakukan untuk merawatnya? Adakah benar bahawa pesakit epilepsi tidak boleh melalui kehidupan harian yang normal seperti orang lain?  Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang penyakit ini, dan ingin menjawab segala persoalan yang sering timbul di kotak fikiran masing-masing, kami sedia membantu.

Projek ini diilhamkan, bertujuan untuk membuka mata masyarakat, agar mereka mengetahui bahawa terdapat banyak langkah dan alternatif yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah epilepsi; supaya mereka boleh membantu bukan sahaja diri mereka sendiri, namun juga menghulurkan bantuan kepada orang di sekeliling mereka.  

APAKAH ITU EPILEPSI?

Epilepsi, yang lebih dikenali sebagai ‘sawan’, fits atau ‘gila babi’ merupakan satu simptom gangguan pada aktiviti elektrikal normal di otak yang berulang-ulang. Ia tidak dapat dikawal oleh kawalan voluntari. Hal ini menyebabkan terjadinya pelbagai simptom, yang bergantung kepada kawasan otak yang terlibat. Simptom yang paling biasa berlaku ialah keadaan tidak sedar diri secara tiba-tiba dan twitching pada seluruh badan.  Namun demikian, gangguan ini boleh dikawal melalui penggunaan drug dan pemonitoran yang sewajarnya. Dengan erti kata lain, mereka yang mempunyai epilepsi masih berupaya melalui kehidupan yang normal.

Perkataan epilepsi berasal daripada perkataan Greek epilepsia yang bermaksud ‘taking whole of’ atau ‘seizing’. Pada kurun ke 5 BC, Hippocrates ( Father of Medicine), merupakan orang pertama yang menyimpulkan bahawa epilepsi disebabkan oleh gangguan (disorder) pada otak. Pada 1929, barulah serangan epileptik dan kewujudan discas elektrikal abnormal di otak dihubungkaitkan. 

Data pada tahun 1981 menunjukan bahawa epilepsi berlaku pada 5 orang, dalam setiap 1000 orang dan adalah lebih kerap pada orang lelaki. Biasanya, jika ia berlaku pada golongan kanak-kanak buat pertama kalinya, puncanya sering kali tidak dapat diperolehi. Jika ia berlaku pada kalangan dewasa, ia adalah lebih serius dan mungkin dikaitkan dengan penyakit pada otak seperti arteriosklerosis atau tumor.    

Adalah penting untuk masyarakat yang mengidap epilepsi bertanggapan bahawa epilepsi itu bukan hanya menimpa diri mereka, namun terdapat berjuta-juta orang lagi yang menerima nasib yang sama dan ia bukanlah satu perkara yang memalukan atau dramatik.

 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.