EPILEPSI DI DALAM WANITA HAMIL & MENYUSUKAN ANAK
Sebelum seseorang wanita epileptik merancang kehamilan, beberapa soalan haruslah dipertimbangkan: 1. " Jika saya mengandung, apakah yang mungkin akan berlaku kepada saya dan bayi saya sekiranya saya diserang gelugut?" q Peningkatan frekuensi gelugut lebih kurang 30-50%.
2. " Apa yang harus saya lakukan dalam membuat persediaan untuk kehamilan?" q Bagi mereka yang telah mengalami tempoh bebas gelugut selama 2 tahun, penarikan daripada drug antiepileptik amat disarankan. Penarikan drug antiepileptik dilakukan secara perlahan-lahan dalam tempoh 1-3 bulan dan pesakit haruslah diberitahu bahawa peratusan berulang kembali adalah setinggi 50%, khasnya dalam 6 bulan pertama. q Memastikan ibu mengandung dalam keadaan sihat dan memberi perhatian kepada nutrisi sendiri. q Pemberian asid folik yang mencukupi (4mg sehari) dan multivitamin adalah penting dan harus dibekalkan sebelum dan sepanjang kehamilan untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran. q Vitamin K pada dos 10mg sehari harus diberikan pada 2-3 bulan yang akhir dalam tempoh gestasi untuk mengelakan hemoraj neonatal.
3. " Mungkinkan bayi saya juga mengalami epilepsi?" q Risiko bayi mengalami epilepsi adalah sebanyak 2-3%, iaitu 5 kali ganda daripada populasi umum. q Risiko bertambah jika onset gelugut pada ibu adalah sebelum umur 18. q Risiko kurang nyata bagi bapa yang mengalami epilepsi.
4. " Selain daripada epilepsi, apakah masalah lain yang mungkin akan dialami oleh bayi saya?" q Peningkatan risiko stillbirth, prematang dan kematian neonatal dan perinatal sebanyak 3 kali ganda. q Kelewatan perkembangan mental sebanyak 200-300% q Peningkatan risiko hemoraj sebanyak 7%
5. " Adakah bayi saya menghadapi sebarang risiko daripada pengambilan drug anti epileptik saya?" q Dalam wanita dengan epilepsi, risiko kecacatan kongenital bertambah sebanyak 4 - 6 %. q Risiko bertambah bagi wanita yang mengambil lebih daripada satu drug epileptik, terutamanya dalam dos yang tinggi. q Kebanyakan wanita haruslah meneruskan drug antiepileptiknya dan sebagaimana yang membenarkan, ambil satu drug antiepileptik sahaja pada dos yang terendah yang dapat memberi kawalan terhadap epilepsi. q Berbincang dengan pakar neurologik dan ginekologik untuk membuat keputusan yang paling baik mengenai pengubatan semasa kehamilan. q Jangan hentikan drug antiepileptik atau ubah dos tanpa nasihat dan supervisi daripada doktor.
6. " Apakah kecacatan kelahiran yang mungkin dialami oleh bayi saya akibat penggunaan drug antiepileptik ?" q 5 drug antiepiletik telah dikaji dalam wanita hamil, termasuk Fenition, Asid valproik, Karbamazepin, Fenobarbital dan Primidone. q Semua drug ini boleh merentasi plasenta, maka boleh menyebabkan kecacatan kongenital sama ada major ataupun minor, termasuk abnormaliti ‘craniofacial’ , kecacatan kardiak dan kecacatan tiub neural. q Kecacatan kongenital major didapati lebih kerap dalam bayi yang dilahirkan oleh wanita dengan epilepsi. Contoh kecacatan ini termasuklah cleft lip atau palate, kecacatan jantung dan kecacatan neurologik seperti spina bifida. Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan kecacatan ini . q Kecacatan minor kebanyakan mengganggu rupa bentuk bayi seperti wide-set eyes atau short upper lip dan perbezaan bentuk jari dan kuku. Kecacatan minor ini kurang membawa masalah serius.
7. "Adakah sesetengah drug antiepileptik lebih berbahaya untuk bayi saya berbanding yang lain?" q Hampir semua drug antiepileptik yang biasa digunakan oleh wanita hamil dikaitkan dengan kecacatan kelahiran. q Walaubagaimanapun, sesetengah drug antiepileptik yang baru masih belum diketahui kesannya terhadap bayi kerana penggunaannya masih belum meluas di kalangan wanita epileptik yang hamil. q Sebagai contoh, Asid valproik dan Karbamazepin telah dikaitkan dengan spina bifida. Namun penyelidikan baru menunjukan bahawa Asid vaproik mempunyai risiko spina bifida yang lebih tinggi berbanding dengan Karbamazepin. |
|
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | |