Stimulasi Saraf Vagus

    Merupakan satu modaliti rawatan baru yang telah dikaji secara ekstensif. Kelebihan teknik ini atas rangsangan elektrik lain yang telah disiasat (seperti serebelum dan thalamus) ialah ia tidak memerlukan kraniotomi kerana dilakukan di saraf vagus iaitu saraf yang besar di leher. Mekanisme tindakannya tidak jelas tapi kemungkinan diperantarakan oleh sambungan aferen saraf vagus yang tersebar.1 Buat masa ini ia telah digunakan kepada orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih 12 tahun yang mempunyai Sawan separa yang sukar dikawal oleh kaedah lain. Terapi direkabentuk untuk mencegah seizur dengan menghantar denyutan kecil tenaga elektrik ke otak.2 Pembedahan untuk implantasi biasanya mengambil masa lebih kurang dua jam.3

    Tidak seperti ubat-ubatan, teknik ini tiada toksisiti sistemik atau neurokognitif yang signifikan. Kesan sampingan yang biasa ialah kekasaran suara atau batuk ringan semasa rangsangan.1 Walaupun kawalan sepenuhnya seizur jarang dicapai, majoriti yang mempunyai implan ini mengalami seizur yang berkurangan. Dalam sesetengan kes keberkesanannya meningkat dengan masa dan pesakit melaporkan peningkatan kualiti hidup.2

 

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.