Pembedahan
Epilepsi
Sekarang ini pembedahan merupakan rawatan
yang diterima pakai untuk epilepsi "intractable".1 Pembedahan
pertama untuk epilepsi dijalankan pada tahun 1886.
Dalam mempertimbangkan pembedahan sebagai
rawatan epilepsi seizur pesakit mestilah cukup kerap atau cukup teruk hingga
mengganggu kualiti hidup pesakit secara signifikan. Analisa risiko-kebaikan
mestilah terindividualisasi dan kebaikan pembedahan mestilah dengan jelas
melebihi potensi komplikasi prosedur. Penilaian pra-pembedahan termasuk
pemonitoran EEG-video, MRI menggunakan protokol epilepsi4 dan
pengimejan fungsi neuro.1
Baru-baru ini minat dalam pembedahan
epilepsi telah kembali kerana ia didapati memainkan peranan penting untuk
golongan pesakit tertentu. Bagaimanapun pembedahan cuma boleh dicadangkan
bila kawalan yang memuaskan tidak dapat dicapai dengan ubat-ubatan.
Secara amnya kawalan seizur post-operatif
paling berjaya dalam pesakit dengan epilepsi lobus temporal dan mempunyai
kadar outcome cemerlang lebih 90 peratus apabila disertakan dengan data MRI dan
EEG. Pembedahan untuk epilepsi ekstra-temporal biasanya berjaya bila
dikaitkan dengan lesi berstruktur yang dikenali semasa pengimejan, tetapi
pembedahan dalam pesakit epilepsi ekstra-temporal tidak berlesi kurang
kebarangkalian untuk menghapuskan seizur.5 Bagaimanapun perlu
ditekankan bila proses pemilihan pesakit dijalankan secara sangat
berhati-hati keputusan pembedahan boleh jadi cemerlang dan merupakan
satu-satunya cara untuk "mengubati" epilepsi buat masa ini. Disebabkan
kriteria pemilihan sangat ketat, pembedahan dianggap sangat tidak sesuai
untuk lebih dari 1 peratus pesakit.
|