pengenalan
jenis sawan
rawatan
rawatan alternatif
isu wanita
isu warga tua
isu kanak-kanak

 

 

Refleksologi

Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan memberikan tindakbalas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini.

Sesetengah ahli refleksologi mendakwa bahawa manipulasi ke atas kaki akan mengurangkan jumlah asid laktik yang terkumpul dalam tisu dan membuang kristal kalsium yang berakumulasi di penghujung saraf kaki. Keadaaan ini akan melancarkan aliran tenaga dari kaki ke bahagian badan yang lain. Ada juga yang berpendapat bahawa tekanan yang dikenakan ke atas kaki boleh merangsang pelepasan endorphin iaitu sejenis bahan kimia yang terdapat di otak untuk menghalang kesakitan. Pendapat lain mengatakan bahawa kaedah ini memulakan proses yang membawa kepada satu tahap kerehatan di mana ia membuka saluran-saluran darah dan memperbaiki system peredaran darah.

Walaupun pelbagai dakwaan mengatakan bahawa kaedah ini dapat dijadikan salah satu rawatan alternatif sawan namun masih belum terdapat kajian klinikal yang meyakinkan mengenai keberkesanan kaedah ini. Kaedah ini hanya disarankan dengan nasihat dan pengawasan daripada doktor dan biasanya ia digunakan sebagai rawatan tambahan kepada rawatan konvensional.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.