Teknik Relaksasi

Kebanyakan kajian yang dijalankan mendapati bahawa lebih dari 50% pesakit mengalami penurunan kekerapan atau kejadian sawan dengan mengamalkan teknik relaksasi. Teknik-teknik relaksasi yang biasa diamalkan termasuklah yoga, relaksasi otot pogresif (Progressive Muscle Relaxation), kaedah pernafasan dalam dan meditasi.

Walaupun kajian terhadap keberkesanan kaedah ini dalam mengawal sawan pesakit epilepsi adalah tidak mencukupi, namun sesetengah individu mendapati ianya agak berguna atau membantu. Tekanan, seperti yang diketahui adalah antara punca utama berlakunya sawan. Para penyelidik mendapati bahawa tekanan dapat dikurangkan melalui teknik oleh itu secara tidak langsung ia dikatakan dapat mengurangkan kejadian serta kekerapan kejadian sawan.

Ø      Terapi Relaksasi Progresif

Terapi ini memerlukan  peralatan yang tidak begitu sofistikated dan tidak begitu mahal tetapi ia memerlukan sedikit latihan. Walaubagimanapun ia adalah agak rumit dijalankan berbanding kaedah pernafasan. Kaedah ini membantu pesakit merehatkan keseluruhan badan, perlahan-lahan dan langkah demi langkah untuk mencapai tahap relaksasi yang mempunyai kekuatan untuk melawan sawan.

Ø      Terapi Urutan

Terapi urutan melibatkan pelbagai kaedah urutan yang dikatakan dapat membantu dalam mengurangkan penderitaan penyakit sawan. Urutan melibatkan aplikasi manual yang sistematik untuk memberikan tekanan dan pergerakan kepada tisu-tisu lembut badan seperti kulit, otot, tendon, ligamen dan fascia. Ia juga dipercayai dapat memberikan kelegaan dengan meningkatkan aliran darah dan limfa. Jangkamasa urutan yang biasa dijalankan untuk keseluruhan badan ialah satu jam.

Bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan secara urutan adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat pengurut yang berkualiti. Sebenarnya tiada bukti yang menunjukan bahawa urutan dapat menyembuhkan sawan namun ia dapat mengurangkan tekanan yang merupakan penyebab kepada kejadian sawan

Ø      Yoga

Yoga tidak dapat merawat sebarang penyakit namun ia dikatakan antara alternatif yang berguna untk membantu rawatan penyakit-penyakit tertentu termasuklah sawan. Kelebihan yoga dapat dilihat pada kemampuannya umtuk meningkatkan kebolehan jantung, mengurangkan kadar pernafasan, meningkatkan kecergasan, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan relaksasi, mengurangkan tekanan dan kegelisahan.

Walaupun tiada laporan yang mendokumenkan faedah yang dihasilkan oleh yoga dalam rawatan epilepsi namun ia dapat mengurangkan satu penyebab utama sawan iaitu tekanan.

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.