EPILEPSI DI DALAM
WARGA TUA
Di kalangan golongan tua,
sawan merupakan gangguan sistem saraf yang ketiga biasa berikutan strok dan
gangguan mental. Kadar berlakunya sawan meningkat dengan umur, dengan kadar
paling tinggi dalam orang tua berusia lebih dari 85 tahun.
Punca
sawan dikalangan warga tua
Ubat
anti-sawan dikalangan warga tua
Panduan menggunakan ubat
anti-sawan
Status Epilepstikus dalam Strok
Sawan di dalam menopause
Sawan di dalam osteoposrosis
Mencegah sawan
·
Strok –
punca yang paling biasa. Salur darah menjadi sempit apabila usia meningkat,
mengakibatkan penghalangan aliran darah dan oksigen ke sebahagian otak.
Pendarahan dalam otak juga boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan
seterusnya mengakibatkan sawan.
·
Sistem
saraf – sistem saraf berubah apabila usia meningkat, ini menyebabkan orang
tua lebih peka kepada perubahan aktiviti elektrik dalam otak yang membawa
kepada sawan.
·
Serangan
jantung – pengangkutan oksigen ke otak tergendala yang mengakibatkan
kerosakan dan seterusnya berlakunya sawan.
·
Penyakit –
penyakit Alzheimer’s dan penyakit otak yang lain mengubah struktur otak dan
meningkatkan kecenderungan berlakunya sawan.
·
Tumor otak
– sebarang jenis tumor otak mungkin mengakibatkan sawan. Kadang-kala
penyingkiran tumor dapat menghentikan sawan.
·
Pembedahan
– parut dari pembedahan mungkin menjadi punca berlakunya sawan pada masa
depan.
Golongan tua berbeza dari
golongan muda. Apabila usia meningkat, kandungan lemak badan meningkat
tetapi mass otot berkurang. Ini mengubah taburan ubat dalam badan setelah
mengambilnya. Oleh itu, penyerapan, taburan, metabolisme dan penyingkiran
ubat dari badan juga diganggu. Maka pemeriksaan paras ubat dalam darah
adalah perlu apabila usia meningkat.
Golongan tua juga lebih
peka terhadap kesan sampingan ubat anti-sawan. Oleh itu dos yang lebih
rendah biasa dipraktikkan. Pertimbangan yang lebih diberikan pada fungsi
ginjal dan hati di kalangan tua. Pemilihan jenis ubat anti-sawan yang sesuai
bagi seseorang tua adalah berdasarkan kesan sampingannya memandangkan
keberkesanan ubat-ubat anti-sawan mempunyai kesan yang lebih kurang sama.
Karbamazepin, Asid valproik, Gabapentin dan Lamotrigin mempunyai kelebihan
secara teori untuk digunakan dalam pesakit tua. Ubat yang ideal adalah yang
berkesan, tanpa kesan toksik, kurang interaksi dengan ubat lain dan
sebaik-baiknya diberi dengan pendosan sekali sehari sahaja.
Apakah
panduan penggunaan ubat anti-sawan?
·
Gunakan
bekas pil berlabel dan berasingan bagi ubat yang berbeza.
·
Pakai
‘wristwatch’ beralat pembunyi supaya memberi peringatan untuk pengambilan
dos seterusnya.
·
Sediakan
satu jadual mengenai pengubatan dan masa yang perlu diambil. Anda boleh
membiarkan rakan atau saudara mengetahui masa pengambilan dan tempat
penyimpanan ubat.
·
Kerap
berjumpa dengan doktor sebagai satu motivasi untuk mengikuti regimen rawatan anda.
·
Sekiranya
strategi anda telah gagal, hubungi doktor anda supaya tukar kepada ubat
anti-sawan yang lain dengan satu regimen pendosan yang lebih mudah.
·
Cuba
gunakan pelabelan yang besar pada bekas ubat supaya memudahkan pembacaan
arahan pengambilan ubat.
·
Pastikan
anda dapatkan maklumat mengenai ubat yang diambil dengan lengkap.
·
Sekiranya
anda juga menghidapi penyakit arthritis, dapatkan bekas dengan penutup yang
mudah dibuka.
Apakah
status epileptikus dalam penyakit strok?
Status epileptikus adalah
biasa di kalangan pesakit yang menghidapi sawan setelah serangan strok.
Walaupun prognosis segera bagi pesakit dengan status epileptikus adalah
tidak baik, status epileptikus sebagai ‘presenting sign’ tidak semestinya
meramalkan serangan sawan yang seterusnya.
Bagaimanakah
sawan dalam kalangan wanita menopause?
Berikut telah dilaporkan
berlaku semasa menopause (sebab berlakunya perubahan ini adalah tidak jelas).
·
Tiada
perubahan dalam sawan.
·
Ulangan
kejadian sawan yang terkawal sebelumnya.
·
Penerukan
kejadian sawan.
·
Kejadian
pertama sawan.
·
Pembaikan
sawan.
Kebanyakan kajian
menunjukan hormon mempengaruhi sawan dalam wanita. Oleh itu, menopause ada
hubungan dengan perubahan dalam sawan disebabkan perubahan yang berlaku
semasa menopause. Kajian juga menunjukan sawan adalah lebih sukar
diperbaiki sekiranya:
·
Sawan
berlaku pada awal hayat anda.
·
Sawan tidak
pernah dikawal dengan baik.
·
Anda
mengalami ‘tonic-clonic’ atau sawan separa kompleks.
·
Anda sedang
dalam menopause awal. Ini adalah kerana perubahan nisbah hormon estrogen :
progestron pada awal mulanya menopause.
Sawan
yang lebih cenderung untuk diperbaiki:
·
Sawan yang
berlaku lewat dalam hayat sebelum menopause.
·
Sawan yang
telah dikawal dengan baik sepanjang hayat.
Bagaimanakah
sawan di kalangan pesakit osteoporosis?
Ubat anti-sawan mempunyai
risiko mengakibatkan osteoporosis. Wanita yang sedang mengambil ubat anti-sawan
harus meminta nasihat doktor mengenai faktor risiko ini dan harus mengambil
langkah pencegahan. Ini termasuk perubahan dalam diet, penggunaan vitamin,
dan program latih.
1.
Kekalkan
paras normal bagi tekanan darah supaya mengurangkan risiko strok.
2.
Amalkan
diet yang mempunyai kandungan lemak, gula dan garam yang rendah supaya
mengurangkan peluang mendapat masalah jantung.
3.
Gunakan
tongkat atau ‘walker’ sekiranya perlu untuk mengelakan kejatuhan secara
tidak sengaja.
4.
Elak dari
meminum alkohol berlebihan.
5.
Jika anda
seorang perokok, cuba hentikan tabiat ini.
|