KAEDAH RAWATAN LAIN

Masyarakat masa kini sudahpun memberi kepentingan yang lebih kepada kesihatan mereka. Mereka ingin memberikan perubatan yang terbaik bagi kesihatan mereka. Ini mendorong mereka untuk mencari perubatan alternatif. Salah satu sebab mereka mencari alternatif bagi kesihatan mereka adalah:

I)                     terdapat kesan sampingan akibat perubatan moden

II)                   simptom tidak dapat disembuh

III)                  mahal

IV)                kepercayaan bahawa perubatan alternatif adalah lebih selamat

Pesakit selalunya mencari alternatif bagi mengubati epilepsi kerana respon kepada drug antiepileptik adalah rendah. Kajian menunjukan 10 – 30% daripada epilepsi kanak-kanak gagal menunjukan respon kepada drug antikonvulsan. Selain ini, terdapat juga jenis epilepsi yang menunjukan resistan kepada drug pada kanak-kanak. Antaranya ialah epilepsi separa kompleks, sindrom West’s dan sindrom Lennox-Gastaut.

Ini menyebabkan sebahagian besar mencuba terapi alternatif bagi mengubati penyakit epilepsi mereka. Ada di antara terapi ini yang menunjukan penyembuhan lebih baik berbanding perubatan moden. Terdapat pelbagai terapi alternatif yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah:

I)                   Acupressure

II)                   Akupunktur

III)                  Aromaterapi.htm

IV)        Maklumbalas bio

V)                  Chiropractic/siropraktik

VI)                Terapi kraniosakral

VII)               Diet dan tambahan

VIII)             Herba

IX)                 Rawatan oksigen hiperbarik

X)                  Perangsangan magnetik

XI)               Terapi Relaksasi

XII)       Refleksologi

XII)              Sentuhan terapeutik

XIII)      Pembedahan epilepsi

XIV)      Stimulasi saraf vagus

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.