Aromaterapi telahpun
diguna sejak bermulanya tamadun untuk merawat pelbagai keadaan. Terapi ini
memerlukan minyak yang penting didapati daripada ekstrak bunga pokok, daun,
cabang, kulit buah, kulit kayu atau akar melalui distilasi stim, ekstraksi
solven dan pemerahan. Minyak ini dipercayai menjadi tenaga kehidupan
bagi sesuatu tumbuhan. Oleh itu, minyak sintetik tidak dapat diguna dalam
rawatan ini kerana tiadanya tenaga kehidupan.
Terdapat pelbagai cara
untuk menggunakan minyak yang diekstrak ini. Antaranya ialah secara
inhalasi, urut, diffusi, mandi, balutan panas atau sejuk dan minyak
wangi.Sesetengah ahli aromaterapi mendakwa bahawa melalui urut, minyak itu
akan menembusi kulit dan memasuki saluran darah yang boleh menyebabkan kesan
fisiologikal pada badan. Walaupun begitu, bukti saintifik tidak mengesahkan
bahawa substan ini boleh memasuki darah.
Aromaterapi berupaya
untuk mencegah seizur pada sesetengah orang epilepsi. Dr. Tim
Betts(Universiti Birmingham, England), telah melakukan kajian di mana pesakit
dengan epilepsi refraktori disuruh untuk melakukan hipnosis sendiri untuk
membantu relaksasi pada masa sama menerima urutan aromaterapi. Pesakit
seterusnya diberitahu untuk mengambil minyak(ekstrak), sekiranya pesakit
rasa serangan epilepsi berlaku. Didapati bahawa sebahagian besar pesakit
bebas dari serangan seizur sepenuhnya.
Aromaterapi mungkin
menolong pesakit epilepsi yang mengalami aura yang merupakan tanda bagi
epilepsi akan berlaku. Penggunaan minyak ekstrak ini boleh mengelakan atau
menurunkan keterukan serangan epilepsi jika diambil sebelum berlakunya
serangan.
Pesakit dengan epilepsi
tidak seharusnya bersin kerap kali apabila minyak aromaterapi ini disedut.
Ini adalah kerana, kekerapan bersin itu sendiri dapat merangsang seizur
pada sesetengah pesakit. Oleh itu, minyak ini seharusnya disedut dengan
perlahan. Antara minyak ekstrak yang dapat mengelakan seizur ialah:
i)
jasmine(jasminum officinale)
ii)
chamomile(
chamomelum spp)
iii)
ylang-ylang( cananga odorata)
Antara minyak yang perlu
dielak yang dapat merangsangseizur adalah seperti berikut:
i)
kamfor(
cinnamomum cumphorata)
ii)
hyssop(
hyssopus offcinalis)
iii)
fennel(
foenicum vulgare)
iv)
rosemary(
rosmarinus officinalis)
v)
sage(
salvia officinalis)
vi)
worm wood(
artemisia spp)
vii)
cinnamon(
cinnamomum verum, c.aromaticum)
viii)
clove(
caryophyllus aromaticus)
ix)
nutmeg(myristica fragrans)
x)
lada hitam(
piper nigrum)
Sebelum mengamalkan
aromaterapi perlulah terlebih dahulu mendapat nasihat daripada doktor.
|