Maklumbalas bioJuga dikenali sebagai maklumbalas bio elektrosefalografik atau maklumbalas neuro. Ia merupakan teknik yang digunakan untuk mengawal gelombang otak yang secara teorinya dapat mengawal seizur. Pesakit dengan epilepsi didapati penurunan sebanyak 12-14Hz( frekuensi tinggi) ritma dan wujudnya tambahan 4-8Hz(frekuensi rendah) ritma. Teknik ini diguna untuk menolong meningkatkan ambang seizur seseorang dengan meningkatkan aktiviti gelombang frekuensi tinggi dan merencatkan ritma frekuensi rendah. Prosedurnya adalah seperti berikut: ☼Dimulakan dengan penambahan elektrod kepada badan dengan gel atau pasta yang istimewa. Elektrosefalogram(EEG) mengukur aktiviti gelombang di otak. Informasi fisiologikal seperti kadar jantung, suhu kulit (menunjukan aliran darah) dan ketegangan otot juga direkod. ☼Gelombang di otak seseorang perlu dianalisa untuk mendapat sebarang percanggahan daripada normal. ☼Selepas itu, dengan pertolongan pengamal maklumbalas bio( biofeedback practioner), pesakit akan menumpukan perhatian untuk mengubah aktiviti gelombang di otak mereka. Dengan adanya kesungguhan dan kesabaran, seseorang itu dapat belajar untuk meningkatkan suhu kulit, mengurangkan tekanan otot dan ubahsuai aktiviti gelombang otak. Keputusannya didapati bahawa atonik(akinetik) dan mioklonik seizur merupakan antara paling senang untuk dirawat dengan latihan sensori ritma ini. penurunan dalam aktiviti seizur telah dilaporkan sebanyak 50% pada pesakit yang seizurnya resistan kepada perubatan. Ada di antara pesakit telah menurunkan dos ubat atau menghentikan sepenuhnya perubatan tanpa sebarang kesan sampingan semasa menggunakan maklumbalas bio(biofeedback) Walaupun begitu kejayaan terapi ini belum dipasti lagi. Salah satu kebaikan terapi ini ialah, ia dapat mengurangkan stress yang merupakan faktor utama penghasilan seizur.
|
|
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. |
|