|
Penjagaan chiropraktik
dikatakan antara kaedah yang dapat membantu untuk mengurangkan kejadian
sawan serta menghalang sawan daripada menjadi lebih teruk. Ia bertindak
meredakan kesakitan dengan memusatkan dan membetulkan 'subluxations'
( spinal misalignments) yang menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem saraf
pusat. 'Subluxation' ialah masalah di sekitar kawasan spina yang mempengaruhi
keseluruhan sistem saraf pusat. Di sekitar kawasan yang bermasalah ini,
tulang-tulang spinal adalah tidak teratur atau telah kehilangan julat
pergerakannya yang normal. Keadaan ini akan merengsa atau memberi tekanan ke
atas saraf setempat yang mungkin mengganggu komunikasi di antara otak dan
badan anda. 'Subluxation' juga boleh disebabkan oleh tekanan dan tegangan
akibat aktiviti harian seperti kerja rumah, berkebun, angkat berat, tidur,
kemalangan, aktiviti sukan atau kecederaan.
Kaedah ini sebenarnya
tidak merawat epilepsi atau sawan secara langsung tetapi ia lebih kepada
memperbetulkan tegangan saraf spina (subluxation vertebral ) dan
dengan itu badan akan berfungsi dengan lebih baik. Dipercayai bahawa
apabila berlakunya 'subluxation vertebral' maka akan berlakunya perubahan
saraf, otot, ligamen, tisu-tisu vaskular dan tisu penghubung yang lain. Ini
seterusnya akan melencongkan rangsangan saraf daripada kumpulan saraf yang
menyebabkan sawan. Pengubahsuaian Chiropraktik ini akan mengurangkan
lencongan rangsangan saraf yang membawa kepada pengurangan atau
pemberhentian aktiviti sawan.
Walaupun maklumat
keberkesanan kaedah ini daripada kajian klinikal adalah agak terhad, namun
sesetengah kajian kes menunjukan pengubahsuaian chiropraktik membantu untuk
mengurangkan frekuensi berlakunya sawan pesakit seterusnya akan mengurangkan
penerukan dan jangkamasa serangan. Terdapat juga kajian kes yang
menunjukan kaedah ini dapat menghentikan penggunaan drug dalam
merawat epilepsi.
|