Kejadian sawan yang
disebabkan warisan atau genetik adalah agak jarang berlaku jadi penambahan
vitamin tertentu serta manipulasi pemakanan yang sesuai dikatakan
dapat membantu rawatan epilepsi. Kebanyakan drug antiepileptik yang
digunakan menyebabkan pengurangan paras vitamin tertentu di dalam badan.
Oleh itu keperluan terhadap penambahan vitamin tersebut adalah perlu untuk
mengekalkan keseimbangan paras vitamin di dalam badan pesakit.
Walaubagaimanapun penambahan vitamin adalah sekadar untuk membantu rawatan
tetapi bukanlah untuk menggantikan penggunaan drug.
Ø
Vitamin
Paras vitamin seperti B1,
B2, B6, B12, C, D, E, beta karotena, Biotin dan Folate boleh diganggu
dengan penggunaan drug-drug antikonvulsan. Kekurangan sebahagian daripada
vitamin ini mungkin juga boleh menyebabkan peningkatan terhadap gangguan
tingkahlaku serta mungkin juga akan menerukan lagi kesan toksik yang
dihasilkan oleh drug-drug antiepileptik.
Kekurangan vitamin B6 (Piridoksin)
yang boleh dikesan semasa kelahiran juga boleh menyebabkan gangguan
sawan..Pada masa kini, keperluan terhadap terapi penggantian vitamin
masih lagi menjadi kontroversi disebabkan kehadiran sebahagian daripada
vitamin boleh mengurangkan efikasi drug-drug antiepileptik serta mungkin
juga boleh meningkatkan kejadian sawan. Contohnya penambahan asid folik.
Walaubagaimanapun bagi
wanita yang ingin hamil atau sedang hamil mereka digalakan mengambil terapi
penggantian asid folik. Ini kerana kekurangan asid folik boleh membawa
kepada peningkatan risiko kepada pesakit ini untuk mengalami keguguran
spontan atau pun melahirkan bayi yang mengalami kecacatan. Jadi, kepada
golongan ini mereka perlulah mendapatkan nasihat serta pengawasan doktor
semasa pengambilan terapi penggantian ini.
Ø
Galian
Pengurangan paras kalsium
dan magnesium dalam badan boleh menyebabkan pesakit epilesi mengalami sawan.
Bagaimanapun tiada bukti yang menunjukan bahawa penambahan kalsium dalam
diet memberikan faedah dalam rawatan epilesi.
Melatonin pula merupakan
sebatian semulajadi yang disintesiskan oleh kelenjar pineal yang terdapat di
otak. Kajian terhadap haiwan menunjukan ia mempunyai kesan antikonvulsan
tetapi kajian terhadap manusia masih lagi memerlukan kajian yang lebih
mendalam.
Asid amino adalah
unit-unit asas dalam penghasilan protein. Turine dan tryptophan digunakan
sebagai rawatan tambahan untuk pelbagai jenis epilepsi. Walaubagaimanapun
kesannya masih lagi memerlukan kajian yang lebih mendalam.
Ø
Diet
ketogenik
Kaedah yang mula
dibangunkan sejak tahun 1920an. Walaupun mekanisma tindakannya tidak
diketahui, namun ia dipercayai cuba memaksa badan untuk bertindak sama
seperti semasa kelaparan di mana badan akan membakar lemak dan bukannya
karbohidrat yang mana akan menghasilkan jasad keton dalam proses yang
dinamakan ketosis
Diet ketogenik adalah
terdiri daripada sedikit bekalan protein yang diperlukan untuk
pertumbuhan dan langsung tidak memerlukan karbohidrat. Kebanyakan kalori
yang diperlukan oleh badan datangnya daripada lemak. Makanan yang
mengandungi ketogenik termasuklah sayuran dan buah-buahan, protein makanan (daging,
ikan/poultry) dalam kuantiti kecil, mentega dan krim putar dalam kuantiti
yang agak besar.
Penggunaan kaedah diet
ketogenik dalam alternatif rawatan epilepsi dikatakan efektif untuk merawat
kanak-kanak yang berusia di antara 1-8 tahun dan sedikit sahaja keberkesanan
yang ditunjukan untuk golongan kanak -kanak yang lebih tua serta remaja.
Kaedah ini didapati tidak memberi faedah dalam merawat golongan dewasa.
Diet ketogenik dipreskripsikan
terutamanya apabila seizur sudah tidak dapat dikawal, kesan sampingan drug
antikonvulsan yang berlebihan serta pembedahan tidak boleh
diijalankan.Biasanya kaedah ini hanya dijalankan di hospital dan perlu
sentiasa mendapat perhatian serta nasihat daripada doktor.
(maklumat
lanjut......)
|