Herba adalah di antara
kaedah perubatan tradisional yang telah digunakan untuk merawat epilepsi
sejak beribu tahun lalu. Berikut adalah sebahagian herba yang dapat membantu
dalam merawat epilepsi.
Ø
Marijuana
Prinsip asas tindakan
marijuana sebagai salah satu agen antiepileptik ialah dengan mengurangkan
kesakitan, merangsang tidur dan melegakan gangguan neurologi. Ketika ini
kajian yang boleh dipercayai mengenai keberkesanan marijuana sebagi agen
antiepileptik adalah sangat terhad. Sesetengah kajian mendapati kekerapan
sawan yang berlaku semakin berkurangan dan ada juga kajian yang
tunjukan ia adalah penyebab kepada sawan. Keadaaan ini menyebabkan ia perlu
digunakan secara berhati-hati dalam rawatan dan sehingga kini kajian yang
selanjutnya adalah perlu.
Ø
Chinaberry
Azaridachta indica
Penggunaan jus chinaberry
sebagai antiepileptik dikatakan berkesan terhadap haiwan melalui kajian yang
telah dijalankan
Ø
Gingko
biloba
Para penyelidik yang
mengkaji kesan herba ini mendapati tiada kesan yang signifikan terhadap
rawatan epilepsi. Namun, sebahagian pengguna herba ini mendapati ia dapat
membantu dimana berlakunya peningkatan fungsi neuropsikologikal dan kualiti
hidup mereka.Penyelidikan mereka juga mendapati ia selamat jika diberikan
bersama drug antiepileptik tetapi keberkesanannya masih lagi memerlukan
kajian yang mendalam.
Ø
Qingyang-
Shen
Qingyang - Shen adalah
sejenis herba yang digunakan dalam kebudayaan masyarakat china sejak 2000
tahun lalu dalam mengawal sawan. Kajian juga membuktikan bahawa herba ini
dapat membantu rawatan epilepsi.
|