ACUPRESSURE

Akupressure merupakan terapi tradisional orang cina.  Secara amnya, ia menggunakan tekanan hujung jari pada tapak-tapak tertentu pada badan yang berfungsi sebagai saluran tenaga dipanggil meridians.

            Dalam badan kita, terdapat 14 meridians yang berperanan menyalurkan tenaga utama kepada organ-organ vital.  Sekiranya, saluran ini dihalang, dipercayai ia menyebabkan penyakit dan ketidakselesaan pada organ yang berkenaan.

            Rawatan dibuat dengan mengurut bahagian badan yang sakit dengan tekanan hujung jari.  Tekanan dikenakan pada bahagian saluran tenaga yang terlibat pada bahagian badan.  Selalunya mengambil masa antara 30 hingga 60 minit.

            Cara bagaimana ia merawat epilepsi adalah kurang pasti, tetapi ia dapat mengurangkan tekanan yang merupakan faktor utama epilepsi.  Rawatan ini adalah selamat dan dapat digunakan berulang kali.  Sekiranya, seseorang yang mengamalkan teknik ini dan tidak menampakkan sebarang kesan maka, cadangan bagi pesakit begini adalah seperti berikut:-

i)                    Tekan menggunakan hujung jari dengan tekanan yang dapat diterima oleh pesakit.  Tetapi, tekanan yang rendah untuk jangka masa lama, beri kesan yang lama dengan tekanan tinggi untuk jangka masa pendek.

ii)                   Ulangi rawatan dengan kerap supaya dapat meransang saluran tenaga 3 atau 4 kali sehari atau sekali setiap satu jam adalah baik.  Kenakan tekanan dengan hujung jari pada saluran-saluran tenaga yang dikenalpasti mempunyai masalah.

 

iii)                 Perlu kawal tekanan seharian kerja untuk melihat kesan yang lebih positif.  Tekanan memainkan peranan penting dalam meransang penyakit epilepsi.  Oleh itu, perlulah mengamalkan amalan kesihatan hidup yang baik.

 

 

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.