Apakah Sawan Separa? Sawan separa berlaku apabila terdapat gangguan aktiviti elektrik yang berlebihan dalam otak. 2 jenis sawan separa yang paling biasa ialah sawan separa mudah dan sawan separa kompleks.
Pesakit dengan epilepsi jenis sawan separa mudah
tidak akan hilang kesedaran semasa epilepsi. Ada kalanya,
mereka dapat bercakap hampir normal dengan orang lain, dan biasanya, mereka
dapat mengingati dengan betul apa yang telah berlaku pada diri mereka
semasa berlakunya sawan. Apakah yang berlaku? PergerakanPergerakan yang di luar kawalan boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. Contohnya, mata mungkin bergerak dari sisi ke sisi, pergerakan luar biasa lidah dan mengecap-ngecap bibir. Sesetengah sawan separa mudah bermula dengan pergoncangan tangan atau kaki yang kemudiannya merebak ke bahagian yang lain. EmosiSuatu perasaan takut yang datang secara tiba-tiba boleh berlaku akibat sawan separa mudah yang berlaku dalam bahagian otak yang mengawal emosi. Dalam kes-kes yang luar biasa, sawan separa mungkin menyebabkan rasa marah atau gembira yang tiba-tiba. Deria rasaKelima-lima deria rasa, sentuh, hidu, pendengaran, rasa dan pemandangan dikawal oleh beberapa bahagian dalam otak. Sawan separa mudah dalam kawasan ini boleh mengakibatkan sensasi seperti bunyi berdering, berdesir dan berdenggung yang luar biasa serta rasa seperti tiupan angin pada kulit; mendengar suara yang sebenarnya tidak wujud; rasa yang tidak menyenangkan, bau yang luar biasa, penyelewengan dalam apa yang dilihat. Sebagai contoh, suatu bilik mungkin kelihatan menjadi lebih sempit atau lebih lebar daripada asalnya dengan tiba-tiba. Objek yang bergerak mungkin akan kelihatan semakin menjauh atau mendekati. Mual yang berlaku secara tiba-tiba biasanya berlaku. Sakit perut mungkin juga disebabkan oleh sawan separa mudah. Episod perpeluhan, flushing, atau muka menjadi pucat secara tiba-tiba juga berkemungkinan berlaku.
Apakah sawan separa kompleks ? Ia merupakan suatu bentuk sawan ‘separa’ kerana menggangu sebahagian otak sahaja, ‘kompleks’ kerana gangguan itu mempengaruhi sebilangan fungsi-fungsi otak yang berlainan lalu menyebabkan perubahan dalam kesedaran. Ia juga digelar sawan lobus temporal kerana paling kerap mengganggu bahagian otak ini. Aktiviti elektrikal yang berlebihan biasanya bermula di lobus temporal, tetapi boleh juga tersebar ke bahagian-bahagian otak yang lain. Lobus temporal mengawal banyak fungsi, iaitu fungsi-fungsi jantung, salur darah, pernafasan dan gastrousus, ingatan jangka pendek, pendengaran, penghiduan, percakapan, emosi dan perasaan seksual. Tanda – tanda dan simptom-simptom yang muncul semasa serangan sawan adalah akibat gangguan fungsi-fungsi ini, biasanya berupa psikologikal atau psikiatrik, maka kadang-kadang ia juga digelar sawan psikomotor. Biasanya ia lebih dialami dalam kalangan kanak-kanak. Kebanyakan pesakit sawan mempunyai corak sawan yang tertentu. Tempoh serangan mungkin berlanjutan beberapa saat atau beberapa minit tetapi boleh juga berterusan sehingga 20 minit atau lebih. Kecuali dalam keadaan yang jarang, biasanya otak akan memulihkan serangan sawan dengan sendirinya. Gangguan kesedaran yang berlaku semasa serangan sawan tidak bermakna seseorang akan pitam tetapi ia menyebabkan seseorang mungkin berasa keliru beberapa lama dan sukar mengingati apa yang telah berlaku selepas serangan berakhir. Apa yang menyebabkan sawan separa kompleks ? Terdapat 3 kumpulan penyebab utama sawan ini. ·
Kumpulan pertama adalah kerosakan
otak sejak lahir atau kerosakan otak yang disebabkan: · Kumpulan kedua adalah mereka yang pernah mengalami serangan sawan berterusan, mungkin berkaitan dengan sawan demam pada masa dahulu. · Kumpulan ketiga tidak dapat dikenalpasti penyebabnya – idiopatik
Bagaimana saya tahu saya sedang mengalami sawan ? Setiap orang yang dipengaruhi akan terasa sesuatu yang berbeza, mungkin mengalami perasaan yang kabur, luarbiasa yang sukar dijelaskan. Anda mungkin mengalami
·
Rasa tidak sedap perut Tanda-tanda dan simptom-simptom yang sangat berbeza ini menyebabkan diagnosis sawan ini sukar. Tetapi, dengan memberitahu doktor anda tentang pengalaman-pengalaman yang ganjil ini dapat membantu dalam diagnosis tepat sawan separa kompleks.
Bagaimana orang lain tahu saya sedang mengalami sawan ? Semasa serangan sawan, seseorang tidak dapat berinteraksi secara normal dengan orang lain, tidak dapat mengawal pergerakan, percakapan, atau tindakannya dan tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Oleh itu, dia sebenarnya dalam keadaan seperti mimpi dan terpukau walaupun masih sedar Berkemungkinan besar mereka akan melihat anda
·
merenung atau raut muka kosong Apabila keadaan ini berlaku pada orang yang tersayang, anda seharusnya mengambil langkah-langkah untuk melindungi mereka daripada bahaya persekitaran sehingga serangan berhenti dengan sendirinya. Jangan berasa takut kerana tanda-tanda dan simptom-simptom yang terhasil tidak mengancam keselamatan anda.
|
|
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | |