SAWAN MENYELURUH ( GENERALIZED SEIZURE) 

Sawan menyeluruh merupakan jenis sawan yang tidak dapat dikesan waktu tepat ia bermula dan ia melibatkan kedua-dua belah otak kiri dan kanan dari masa mula ia berlaku. Kebiasaannya pesakit akan mengalami gelugut dan mulut mereka akan berbuih-buih.

             Sawan ini diklasifikasikan kepada dua iaitu idiopatik ( primer ) atau simptomatik ( sekunder ).

 Sawan jenis idiopatik ini kadangkala dikaitkan dengan keadaan pewarisan. Tidak menunjukan keabnormalan pada struktur otak. Dikategorikan daripada pemeriksaan neurologikal biasa, pembentukannya adalah biasa ( normal development) dan gambaran neuro adalah daripada jenis yang biasa berlaku .Sawan  primer ini memang selalu berlaku dan selalunya EEG pesakit adalah normal iaitu tiada keabnomalan ketara daripada pemeriksaan EEG. Ia mempunyai tindakbalas dan prognosis yang baik terhadap terapi.

Sawan jenis simptomatik pula dicirikan melalui pembentukan mental yang lambat, ketidaknormalan dalam struktur otak, sukar dipengaruhi dan proses pemulihan adalah lambat walaupun rawatan secara berterusan telah dilakukan.

Jenis-Jenis Sawan Menyeluruh
Faktor Risiko
Diagnosis
Tanda- tanda dan Simptom

 

JENIS-JENIS SAWAN MENYELURUH

 Ada 2 jenis sawan yang biasa berlaku iaitu:

 1.      Sawan Absence
 2.      Sawan Tonik-Klonik

 Lain-lain sawan yang sering menyerang ialah: 

     1.      Sawan Mioklonik
2.      Sawan Atonik
3.      Sawan Tonik

 

JENIS SAWAN

CIRI-CIRI

SAWAN ABSENCE

Juga dikenali sebagai 'petit mal' atau dalam bahasa Perancis disebut 'little sickness'.

Selalunya bermula pada peringkat kanak-kanak berumur 5-10 tahun, kadangkala boleh berlanjutan sehingga umur dewasa.

Kebiasaannya kanak-kanak akan memandang kosong untuk beberapa minit, mata terbeliak dan pesakit mungkin tidak akan sedarkan diri. Kanak-kanak tidak akan jatuh tetapi mereka akan sedar dengan segera, walaubagaimanapun  serangan mungkin akan berlaku secara berterusan dan mungkin banyak kali dalam hari yang sama.

Onset berlaku secara tiba-tiba, terdapat gangguan pada aktiviti yang dijalankan, kemungkinan mata pesakit akan terpusing keatas dengan pantas. Dalam masa yang sama pesakit boleh terkencing, mata terbeliak dan kadang-kadang dalam kes yang teruk, pesakit mungkin terberak.

 

SAWAN TONIK-KLONIK

Juga dikenali sebagai 'grand mal'- jangkamasa ketegaran tonik disusuli kemudiannya oleh penyentakan badan yang teruk.

Cara untuk mengesan perubahan pada pesakit;

Ø      Pesakit mungkin akan bernafas dengan cepat atau menangis sebelum hilang kesedaran

Ø      Anggota badan menjadi rigid atau kejang, pernafasan terhenti dan bibir pesakit menjadi biru.

Ø      Mata pesakit terbeliak, rahang mengetap dan kemungkinan boleh menyebabkan lidah terkancing oleh kedua-dua gigi.

Ø      Fasa tonik akan diikuti 30-60 saat dalam fasa klonik kemudian anggota badan mula mengalami kekejangan ( ambil masa beberapa minit)

Ø      Pesakit akan sedar beberapa minit kemudian tetapi mereka mungkin akan mengalami kekeliruan untuk beberapa ketika dan kebiasaannya mereka akan tidur untuk beberapa jam .

Ø      Pesakit juga akan memgalami sakit kepala dan kesakitan yang amat sangat pada otot-otot yang telah mengalami kontraksi tadi.

 

SAWAN MIOKLONIK

Sawan ini berlaku secara tiba-tiba, simetrikal, kejang anggota badan, mungkin atau tidak mungkin diikuti dengan kehilangan kesedaran .

Serangan mungkin sekali sahaja atau boleh berulang-ulang dengan cepatnya.

 

SAWAN ATONIK

Sawan ini akan menyebabkan pengidapnya kehilangan ton otot-otot pada anggota badannya. Jadi berkemungkinan besar pesakit akan rebah atau jatuh ke lantai secara tiba-tiba.

Corak sawan ini biasanya berlaku di dalam kanak-kanak yang mengalami kecederaan di otak, kekurangan oksigen semasa saat kelahiran atau mengidap meningitis.

 

SAWAN TONIK

Badan pesakit juga akan menjadi rigid atau kaku.

Pesakit mungkin atau tidak mungkin kehilangan kesedarannya

Sangat biasa terjadi di dalam kanak-kanak yang mengalami masalah yang tenat di otaknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FAKTOR RISIKO

 Kejadian sawan grand-mal ( sawan tonik-klonik menyeluruh ) biasanya berlaku kepada 2 dalam 10,000 orang. Serangan boleh berlaku pada semua peringkat usia , samaada untuk episod tunggal atau episod berulangan.

       Proses transmisi maklumat daripada satu sel saraf kepada satu sel saraf lain dikenali sebagai proses elektrokimia. Proses ini boleh dikesan menggunakan EEG dan keabnomalan paten dan bentuk EEG ini biasanya dikaitkan dengan sawan. Sebagai contohnya, sawan tonik-klonik menyeluruh ditunjukan oleh keabnomalan aktiviti elektrik di banyak tempat di dalam otak atau di majoriti tempat di otak.

 Antara faktor risiko:

 1.      Keabnomalan metabolik

    §         Terjadi ke atas semua peringkat usia

§         Komplikasi diabetes melitus

§         Ketidakseimbangan elektrolit

§         Kegagalan renal atau uremia

§         Kekurangan nutrisi

§         Fenilketonuria

§         Toksisisti alkohol atau drug contohnya kokain

§         Ketagihan alkohol

  

2.      Kecederaan otak

 

§      Terjadi pada semua peringkat usia dan insiden lebih tinggi untuk golongan umur yang masih muda.

§         Kebiasaannya kejadian ini berlaku apabila membran otak telah rosak .

§         Sawan biasanya bermula 2 tahun selepas kecederaan

§         Sawan awal yakni yang berlaku dalam tempoh 2 minggu kecederaan tidak semestinya dikatakan sawan kronik telah terjadi.

    3.      Tumor dan lesi otak

 

§         Insiden terjadi kepada semua peringkat usia tetapi kebiasaannya ia menyerang pesakit yang telah berumur lebih daripada 30 tahun.

§         Sawan jenis separa biasa terjadi.

§         Lama kelamaan jika tidak dirawat pesakit mungkin akan diserang oleh sawan tonik klonik menyeluruh

 

4.      Gangguan salur darah

 

  • Biasanya terjadi apabila pesakit berumur lebih daripada 60 tahun

  • Terjadinya keabnormalan salur darah di otak, arterosklerosis atau kesukaran pembekalan darah dari arteri ke otak.

  • Pendarahan di otak seperti kejadian subarachoid hemorrhage

  • Kebanormalan kromosom

  •  Tekanan darah tinggi

  •   Pesakit yang mengandung atau pesakit yang mempunyai masalah semasa mengandung

  •   Stroke

5.      Gangguan degeneratif ( Alzheimer jenis Senile Dementia atau Sindrom Organik Otak)

 

§         Sawan hanya akan menyerang pesakit yang telah berumur atau di peringkat usia geriatrik.

 

6.      Jangkitan

 

§         Semua peringkat usia

§         Pesakit mungkin hanya mengalami sawan yang boleh terbalikan

§         Terjadi terutamanya kepada pesakit yang mendapat jangkitan di otak seperti meningitis, atau encephalitis.

§         Absess otak

§         Jangkitan akut teruk di mana-mana bahagian badan.

§         Jangkitan kronik seperti neurosifilis

§         Komplikasi daripada AIDS atau gangguan sistem imun lain.

 

 DIAGNOSIS

 

            Sawan didiagnosiskan melalui sejarah dan pemeriksaan klinikal secara lengkap seiring dengan  beberapa penyiasatan secara spesifik . Kaedah yang terbaik untuk melakukan diagnosis bagi pesakit yang mempunyai  masalah sawan dalam mengenalpasti masalah sawan  menyeluruh ialah secara  melihat melalui mata pesakit. Keutamaan diagnosis ialah untuk membezakan aktiviti sawan idiopatik ( punca masalah yang tidak diketahui ) daripada aktiviti simpatomatik. Diagnosis sawan yang biasa dilakukan ialah :

 

1)      Elektroencephalogram ( EEG )

 

EEG biasanya diambil untuk mengenalpasti kawasan yang abnormal dalam otak dan untuk mengenalpasti jenis-jenis sawan yang terlibat. EEG akan menunjukan nilai dan bacaan tertentu dalam mengklasifikasikan sawan tertentu.

 

2)      Computerized Tomography  ( CT – Scan )

 

CT – Scan jarang digunakan untuk  pesakit yang mengalami sawan menyeluruh kerana CT – Scan biasanya digunakan untuk pesakit yang baru didiagnoskan mengalami sawan terutama dalam sawan separa yang disebabkan lesi setempat yang kecil.

 

3)      Magnetic Resonance Imaging ( MRI )

 

MRI  digunakan dalam sawan menyeluruh kerana dapat mengesan tapak lesi otak ataupun sebarang kecacatan / kerosakan anatomi dimana x-ray ataupun CT – Scan tidak dapat mengesan kecacatan / kerosakan  tersebut.

 

TANDA – TANDA DAN SIMPTOM SAWAN MENYELURUH

 

            Biasanya tanda dan simptom sawan bermula dengan tiba-tiba  dan bergantung kepada jenis ataupun ciri-ciri sawan yang dialami oleh pesakit. Biasanya individu yang terlibat dengan masalah sawan menyeluruh ini akan kehilangan kesedaran , pengalaman dan menerima kesan ke seluruh bahagian badan melalui simptom berikut:

 

1 )  Sawan Absence biasanya akan mengambil masa dalam 10-30 saat dan mungkin hanya melibatkan sentakan dan kehilangan perhubungan dengan keadaan persekitaran. Biasanya ia mula berlaku berlaku secara tiba-tiba dan kemungkinan mata akan berpusing ke atas dengan pantas.

 

2 )  Sawan Mio-klonik melibatkan pengecutan otot secara bersela

 

3 )  Sawan klonik juga melibatkan pengecutan otot secara bersela dan kehilangan kesedaran untuk beberapa minit

 

4 )  Sawan tonik pula biasanya akan mengalami pengecutan otot yang berpanjangan dan hilang kesedaran untuk 30-60 saat.

 

5 )  Sawan tonik –klonik  merupakan sawan menyeluruh yang paling biasa dialami oleh seseorang  individu. Biasanya pesakit sawan ini akan hilang kesedaran dengan kons     

 

 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.