maklumat profesional
etiologi
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
rawatan
rawatan farmakologi
rawatan alternatif
isu warga tua
isu kanak-kanak

 


Pirimidon

Barbiturat yang digunakan dalam rawatan epilepsi adalah fenobarbiton dan primidon.Fenobarbiton adalah drug pilihan utama untuk neonatal seizur dan ia berguna dalam pesakit 'sawan menyeluruh' (kecuali absence) serta 'sawan separa'.Primidon juga mempunyai indikasi yang sama tetapi kurang digunakan dalam 'sawan separa'.Fenibarbiton dan primidon menurunkan postsinaptik excitation melalui mekanisme GABA.

Primidon adalah drug antiepileptik  yang mempunyai 2 metabolit aktif iaitu fenobarbiton dan feniletilmalnoamida (PEMA).¹Dalam keadaan biasa,fenobarbiton digunakan dahulu dan primidon  digunakan dalam pesakit refraktomi.Fenobarbiton pula adalah penginduksi enzim yang poten.Masa separuh hayat primidon akan dipendekkan selepas terapi kronik kerana metabolit fenobarbiton akan mengaruhkan metabolismenya.

Kesan samping yang biasa adalah keletihan,drowsiness dan depresi.Fenobarbiton menyebabkan gangguan kognitif dan dalam kanak-kanak sebabkan hiperaktiviti.²Etanol meningkatkan metabolisme fenobarbiton tetapi asid valproik,simetidin dan kloramfenikol akan merencat metabolismenya.Fenobarbiton diberikan sekali sehari sebelum tidur untuk mengelakkan kesan sedasi pada siang hari.Primidon pula diberi dalam dos terbahagi.



 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]