|
Rawatan farmakologi merupakan terapi drug. Drug anti epilepsi adalah rawatan yang berterusan. Pemilihan drug anti epilepsi adalah berdasarkan kepada klasifikasi epilepsi, umur dan jantina pesakit, penyakit - penyakit lain yang dihidapi oleh pesakit, kesan advers dan farmakokinetik bagi setiap drug. Apabila semua faktor ini telah dipertimbangkan, drug anti epilepsi pilihan pula perlu dipilih. Drug dipilih berdasarkan efikasi dan toksisiti setiap drug. Mekanisme tindakan bagi kebanyakkan drug antiepilepsi termasuklah kesan ke atas terusan ion ( natrium dan kalium ), perencatan neurotransmisi (GABA) atau perangsangan neurotransmisi (glutamat dan aspartat). Drug anti epilepsi yang efektif bagi 'generalized tonic-clonic' dan seizur separa dapat mengurangkan tindakan seizur dengan melambatkan pemulihan semula terusan natrium daripada pengaktifan. Drug yang mengurangkan ' T-calcium current' adalah efektif terhadap 'generalized absence seizures'. 'Myclonic seizures' respon terhadap drug yang meningkatkan perencatan reseptor GABAA. Terdapat pelbagai drug yang terdapat di pasaran. Ia dikelaskan kepada : Karbamazepin Barbiturat |
||||||||||
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | |||||||||||
[laman utama][maklumat
awam][maklumat profesional][faq][bantuan
kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender
akitiviti][kenali kami]
|