maklumat profesional
etiologi
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
rawatan
rawatan farmakologi
rawatan alternatif
isu warga tua
isu kanak-kanak

 


FENITOIN

Fenitoin digunakan untuk 'Sawan menyeluruh'(kecuali absence) dan 'Sawan separa'. Fenitoin akan menghalang post-tetanic potentiation(PTP) dan akan mengubah ion fluks dan ini akan mengubah depolarisasi,repolarisasi dan stabiliti membran.Penyerapan drug ini dipengaruhi oleh saiz partikel dan makanan pula akan mengurangkan penyerapan drug ini.Administrasi fenitoin melalui IM adalah erratik dan hendaklah dielakan.¹

Fenitoin dimetabolismekan dihati oleh CYP2C9 dan CYP2C19.Kinetik tertib kosong berlaku dalam julat dos biasa,maka sebarang perubahan dalam dos akan menghasilkan perubahan disproportional kepekatan serum.Dalam keadaan nonacute,dos fenitoin dimulakan antara 3-6 mg/kg/hari dan dititratkan peningkatannya.Kebanyakan pesakit dewasa memerlukan dos tunggal harian manakala kanak-kanak pula memerlukan administasi yang lebih kerap.

Kesan sampingan transien yang biasa adalah keletihan,pandangan kabur,tiada koordinasi dan drowsiness.Pada kepekatan serum lebih besar daripada 20mikrogram/ml,sesetengah pesakit mengalami nistagmus.Ataksia berlaku apabila kepekatan serum >30mikrogram/ml manakala pada kepekatan >40mikrogram/ml,perubahan status mental mungkin berlaku.Kesan sampingan kronik yang lain adalah osteomalacia,kekurangan vitamin dan asid folik,intolerans karbohidrat,hipotiroidisme dan periferal neuropati.Fenitoin menurunkan penyerapan asid folik,tetapi penggantian asid folik akan meningkatkan klearans fenitoin dan ini akan mengakibatkan kehilangan efikasi drug fenitoin.Walaupun fenitoin menghasilkan pelbagai kesan sampingan ,tetapi ia adalah sejenis drug yang poten dalam merawat epilepsi.²



 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]