maklumat profesional
etiologi
patofisiologi
diagnosis
jenis epilepsi
rawatan
rawatan farmakologi
rawatan alternatif
isu warga tua
isu kanak-kanak


ASID VALPROIK

Asid valproik adalah drug pilihan untuk kebanyakan sawan menyeluruh termasuk 'generalized tonic clonic','absence' dan 'myoclonic seizur'.²Asid valproik juga boleh digunakan untuk sawan separa. Asid valproik bertindak dengan meningkatkan sintesis atau merencat degradasi GABA.Drug ini menghasilkan sekurang-kurangnya 10 metabolit yang telah dikenalpasti dan satu daripadanya iaitu 4-en-asid valproik boleh menyebabkan hepatotoksisiti.Metabolit ini akan ditingkatkan dengan pemberian bersama-sama dengan drug yang mengaruhkan enzim.

Kesan sampingan adalah sederhana termasuklah aduan gastrointestin, penambahan berat badan, drowsiness,ataksia dan tremor.Aduan gastrointestin boleh diminimumkan dengan penggunaan formulasi 'enterik-coated' atau makanan.Trombositopenia juga berlaku dan keadaan ini bergantung kepada dos.Toksisiti hematologi termasuklah leukopenia dengan transien neutropenia dan transien eritroblastopenia.¹

Asid valproik adalah perencat enzim yang akan meningkatkan kepekatan serum fenobarbiton yang diberikan bersama-sama.Asid valproik diberikan dua kali sehari tetapi bagi kanak-kanak dan pesakit yang mengambil drug yang mengaruhkan enzim memerlukan dos 3 atau 4 kali sehari.Tablet enterik-coated,divalproex sodium menyebabkan kesan sampingan yang lebih sedikit dan ia dimetabolismekan di perut kepada asid valproik.



 

  Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda.
  [laman utama][maklumat awam][maklumat profesional][faq][bantuan kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender akitiviti][kenali kami]