|
Karbamazepin digunakan dalam pesakit yang mengalami 'Sawan separa' ,'generalised tonic clonic seizur' atau kedua-duanya.²Karbamezepin bertindak dengan merencat bukaan-voltan saluran natrium.Kebioperolehan drug ini adalah pada dos yang tinggi.Selain itu, makanan juga akan meningkatkan kebioperolehan drug ini.Hati akan memetabolismekan 98-99% daripada dos karbamezepin ini dan menghasilkan metabolit utama karbamezepin iaitu karbamezepin-10,11-epoksida yang aktif.Karbamezepin boleh mengaruhkan metabolismenya sendiri (auto-induction) yang mana kesan ini bermula dalam masa 3-5 hari selepas dos permulaan dan mengambil masa 21-28 hari untuk lengkap.¹ Dos karbamezepin diberikan secara berperingkat-peringkat.Sekiranya serangan epilepsi masih berlaku,maka dos perlu ditingkatkan sehingga seizur pesakit terkawal atau pesakit mula menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan akibat pengambilan drug ini. Dos maksimum tolerans pesakit dinilai daripada simptom-simptom yang dialami oleh pesakit disamping memantau kepekatan drug dalam darah.Dos muatan karbamezepin diindikasikan kepada pesakit yang kritikal.¹ Kesan sampingan neurosensori seperti diplopia,pandangan kabur,
nistagmus,ataksia,dizziness dan sakit kepala adalah kesan sampingan yang
sering berlaku dalam 35-50% pesakit yang menerima karbamezepin sebagai
terapi permulaan.Kesan sampingan hematologik termasuk aplastik anemia (jarang
berlaku),trombositopenia,anemia dan leukopenia (insiden sehingga
10%).Leukopenia yang berlaku selalunya transien leukopenia tetapi akan kekal
dalam 2% daripada pesakit.Karbamezepin boleh digunakan secara berterusan
melainkan jumlah sel darah putih <2500/mm³ dan jumlah neutrofil
<1000/mm³.Karbamezepin juga boleh menagaruhkan hiponatremia dan insiden ini
meningkat dengan umur pesakit.Kebanyakan pesakit alergi terhadap
karbamezepin mengakibatkan terjadinya 'rash' tetapi simptom sistemik tidak
serius.Walau bagaimanapun dalam praktis, kesan sampingan drug ini sederhana
dan ia akan sembuh dalam satu hingga dua minggu yang pertama.Karbamezepin
menyebabkan induksi enzim yang akan menyebabkan interaksi dengan drug lain
seperti oral kontraseptif.Selain itu, interaksi antara eritromisin dan
karbamezepin juga signifikan. |
||||||||||
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau masalah mengenai penyakit epilepsi. Kami bersedia untuk menjawab kemusykilan anda. | |||||||||||
[laman utama][maklumat
awam][maklumat profesional][faq][bantuan
kecemasan][capaian & k.sokongan] [kalender
akitiviti][kenali kami]
|