Majlis Berbuka Puasa 2007
Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan barakah di sambut dengan penuh rahmat oleh pelajar dan pensyarah USM. Bulan Ramadhan di penuhi dengan ibadat seperti solat tarawih dan berzanji bagi pelajar USM. Pihak MPDR telah menganjurkan majlis berbuka Puasa pada 29 september 2007 untuk mengerat hubungan antara pelajar dan menyahut seruan agar perbanyakkan majlis amal di kalangan manusia. Saudara Khirul Izuan merupakan pengarah projek yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini dengan dibantu oleh AJK yang lain. Pada sebelah malam,solat terawih secara beramai-ramai telah diadakan untuk memenuhi tuntutan amal ibadat kita sebagai khalifah di muka bumi ini.