FILEM DUYUNG DI USM - RESTU
Buat pertama kalinya sebuah desasiswa di USM berjaya menganjurkan tayangan perdana bagi sebuah filem baru. Itulah yang telah dipelopori oleh Desasiswa Restu apabila berjaya mengadakan tayangan filem arahan Razak Mohaideen iaitu Duyung. Filem lakonan Saiful Apek dan juga Maya Karin amat sesuai dengan konsep kelestarian yang di perjuangkan oleh USM sendiri. Tayangan yang diadakan pada 25 Januari 2008 itu telah mendapat sambutan di luar jangkaan apabila hampir 1600 orang telah memenuhi Dewan Tuanku Syed Putra untuk menyaksikan sendiri filem tersebut. Tayangan ini diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah Eksekutif KRU Berhad, saudara Norman Abdul Halim yang bertindak sebagai penerbit filem ini. Sebenarnya tayangan ini merupakan salah satu slot untuk mengisi ruangan Hari Keluarga Restu yang diadakan serentak pada sebelah siangnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat.