Lawatan Akademik Ke Bali
Kali ni RESTU akan ke luar Negara. Lawatan Akademik ke Bali merupakan lawatan ke luar Negara pertama yang dianjurkan oleh desasiswa RESTU dengan kerjasama Universiti Udayana di Bali,Indonesia. Lawatan pada kali ini diketuai oleh Dr Nik Haslinda dan Dr Rahimah serta diiringi oleh En Shah dan En Azmi. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan akademik dan kebudayaan antara USM dan Universiti Udayana. Tarian kebudayaan kedua-dua buah Negara telah dipersembahkan oleh pelajar USM dan Pelajar Universiti Udayana. Banyak tempat yang dilawati oleh kami dan pihak pengurusan di Bali.