KURSUS MPD RESTU….PULAU AMAN…
Kursus Kepimpinan Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) Sidang 2007-2008 berjaya dilaksanakan mengikut perancangan pada 28-30 Disember 2007. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari dan sebanyak 2 fasa iaitu fasa pertama di Desasiswa Restu sendiri dan fasa kedua di Pulau Aman selama 2 hari. Kursus ini di sertai oleh semua pihak pengurusan Desasiswa Restu di ketuai oleh Penggawa sendiri, Dr. Rahimah Bt. Hj. A. Hamid. Hampir kesemua Majlis Tertinggi dan Exco-exco MPDR menyertai kursus ini. Pada fasa pertama, kesemua peserta telah didedahkan dengan konsep kemahiran kerja berkumpulan, pemantapan jati diri, dan sebagainya yang di kendalikan oleh Penolong-penolong Penggawa sendiri seperti En. Azmi Hassan, En. Shahrizal Nazri dan Pn. Rosnah Idrus. Pada fasa kedua pula, peserta-peserta lebih didedahkan dengan aktiviti-aktiviti luar yang lebih mencabar. Antaranya 'jungle-trekking', survival, penyediaan makanan tanpa perkakasan yang cukup dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat juga ceramah kendalian Dr. Nazaruddin dan juga Dr. Rahimah sendiri mengenai tatacara pengendalian mesyuarat dan personaliti diri. Kedua-dua ceramah ini sesungguhnya cukup berguna kepada para peserta yang rata-ratanya pelajar tahun satu. Ceramah mengenai pengendalian akaun MPDR juga didedahakan oleh Pn. Ina Rozana selaku Pengurus Asrama. Pada akhir kursus, kesemua peserta ternyata jelas dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mengurus dan menaikkan nama desasiswa Restu. Selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing.