Maulud Nabi
Sambutan Maulidur Rasul merupakan acara tahunan yang pasti di sambut dengan keadaan yang tenang. Namun pada kali ini, Maulidur Rasul pada kali menampakkan kelainan iaitu dengan mengadakan aktiviti perarakan sekitar kawasan RST. Program ini merupakan hasil usaha sama dengan MPD Tekun dan Saujana. Permulaan perarakan dimulakan di kawasan parking Restu. Setelah penghuni sampai di kawasan Parkir Restu, Perarakan beramai-ramai bermula.
Peserta perarakan berarak mengelilingi kawasan RST. Sambil berarak, mereka berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Setelah berarak, kesemua peserta bergotong royong memasak beberapa jenis masakan seperti bubur Asyura. Setelah makanan disediakan, ia diagihkan ke penghuni. Penghuni bukan Islam juga turut menyertai program ini. Program ini berakhir pada waktu petang.