MPDR mempunyai pelbagai projek yang akan dijalankan untuk sepanjang sidang. Terdapat projek penganjuran yang akan dikelolakan oleh pihak Desasiswa Restu sendiri dan juga projek pertandingan yang akan dikelolakan oleh desasiswa yang menjadi tuan rumah atau pihak universiti sendiri. Bagi projek penganjuran, Desasiswa Restu telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti. Antaranya Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih,Majlis Berkhatan, Malam Bintang Restu, Jejak Bestari, Tilawah Al-Quran, Hari Keluarga Restu dan tidak dilupakan Malam Penghargaan Restu atau lebih dikenali sebagai ARENA.
Bagi projek pertandingan pula, hampir setiap tahun Desasiswa Restu tidak ketinggalan untuk menyertai pelbagai pertandingan. Antaranya adalah Debat Piala Naib Canselor, Malam Variasiswa USM, Sukan Antara Desasiswa (SUKAD), Pantun Antara Desasiswa (PADU), Temasya Olahraga Tahunan (TOT), Malam Citrawarna USM dan sebagainya.
Anda boleh melihat beberapa artikel dan melihat koleksi gambar mengenai projek yang telang dijalankan melalui link di sebelah.
Selamat membaca!