ROADSHOW KEMBARA MENARA ILMU IKMAR-RESTU USM 2009/2010

Tanggal 22 Jun 2009 yang lalu, bermulalah program yang telah melakar sejarah yang tersendiri apabila buat pertama kalinya sebuah persatuan anak negeri dengan kerjasama Desasiswa Restu menjalankan kembara di seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan disertai seramai 24 orang peserta, kembara ini merangkumi kempen kelestarian dan larangan penggunaan polistarine serta plastik, unit kemasukan ke USM dan pengenalan Universiti APEX serta program motivasi pelajar sekolah.

Program yang bermula di Kampar, Perak diisi dengan aktiviti bersama penduduk kampung dan para pelajar sekolah. Seterusnya kami menuju ke UKM untuk penginapan sepanjang 3 hari di Kuala Lumpur. Di sini kami dijemput untuk melawat Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan berjumpa sendiri dengan Pengerusi Seranta Felda. Selain daripada itu, kami diberi tiket jemputan khas untuk menyaksikan Parlimen Malaysia bersidang. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga kepada ahli rombongan kami. Pada masa yang sama, kami berkesempatan untuk bertentang mata dengan Timb. Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Ibrahim dan berdiskusi bersama beliau lebih daripada 3 jam. Kami juga berkesempatan mengunjungi Yayasan Nurul Yaqeen iaitu sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Y.A.B Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin B. Hj Muhd Yassin. Ketibaan kami disambut meriah oleh pengarahnya sendiri. Program yang terakhir di KL ini adalah program motivasi di SMK Teluk Panglima Garang, Klang Selangor.

Keesokkan harinya rombongan kami bertolak ke Port Dickson untuk menjalankan kempen kelestarian di Pantai Teluk Kemang.Sesudah itu kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir, Melaka atas tujuan yang sama. Sebelum malam menjelma, kami telah meneruskan perjalanan ke Muar Johor kerana pada keesokkan harinya kami bakal menghadiri program baktisiswa yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor. Selama 3 hari berkampung di Kampung Jayor, Pagoh Muar ini, banyak pengalaman yang manis dapat dikutip. Antaranya adalah bersua muka dengan TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Genap seminggu program ini bermula, kami meneruskan lagi misi dengan menuju ke Batu Pahat, Johor. Selama 2 hari di sini, kami telah melaksanakan dua buah program motivasi pelajar Tingkatan 6 di SMK Sri Medan dan juga SMK Tun Ismail. Kami turut menjalankan aktiviti bersama penduduk kampung di Kg. Baru, Parit Yaani yang diisi dengan penanaman pokok-pokok, penyerahan sumbangan kepada orang yang kurang berkemampuan dan sukan bersama penduduk.

Seterusnya kami bertolak ke Johor Bharu. Disana kami berkesempatan melawat pusat pentadbiran Negeri Johor di Wilayah Pembangunan Iskandar di Nusajaya. Kami di beri peluang untuk berjumpa dengan beberapa orang Exco Negeri dan menikmati makan tengahari bersama mereka. Pada 2 Julai, kami meneruskan perjalanan ke pantai timur semenanjung. Singgah di Kuantan Pahang seketika sebelum menuju ke Terengganu iaitu destinasi kembara kami. Di sana, kami berkesempatan bersembahyang di Masjid Terapung dan singgah di beberapa tempat yang menarik di sekitar Terengganu. Seterusnya kami menuju ke Kelantan sebelum bertolak ke destinasi terakhir di Kulim, Kedah. Pada 5 Julai, kami telah melaksanakan misi yang terakhir dalam kembara ini di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM Kulim, Kedah. Kehadiran kami disambut meriah kerana sebelum ini hanya mereka yang berkesempatan berkunjung ke USM. Program di MRSM ini adalah kemuncak kepada kembara kami sepanjang 2 minggu ini. Segala pahit manis yang kami rasai merupakan pengalaman yang amat berharga. Ikatan yang terjalin antara peserta tidak akan terlerai. Semoga usaha kita selama 2 minggu ini akan diberkati Allah S.W.T. Insyaallah.

Pembubaran & Pelantikan MPDR 2008/09
Malam Kesenian Anak Negeri 2009
Majlis Berbuka Puasa Restu
Tilawah Al-Quran Peringkat Restu & Universiti
Futsal Piala Naib Canselor
Jejak Bestari 2008/09
Program Motivasi MPDR-KMPP
Program Motovasi Tingkatan 4 MPDR-MRSM PDRM
Lawatan Akdemik ke Beijing, China
Kunjungan Rasmi UITM, Shah Alam ke Restu
Gotong Royong Perdana RESTU
Bersamamu TV3
ARENA
Projek Penganjuran
Projek Pertandingan
Sukad Fasa 1
Pertandingan Nasyid USM
Debat Piala Naib Canselor 2008/09
Pertandingan Pantun Antara Desasiswa (PADU) 08/09
Sukad Fasa 2
Temasya Olahraga Tahunan 2009 (TOT)
Sorak TOT
Merdeka Kampus Walk 2008
Citrawarna
Maskot TOT Cemerlang
Utama
MPDR
Dari Meja Penggawa
Sejarah Restu
Organisasi
Peraturan
Keselamatan
Hubungi
Kemudahan
AKTIVITI 2008/09